,
Laman Utama

Kaut Untung Atas Kematian Orang? Netizen Dakwa Vida Tak Sensitif Promosi Produk Makanan Guna Nama Siti Sarah

Amri Hassan
11/08/2021
05:50 MYT
Selepas YouTuber Aisar Khaled dikecam hebat netizen, usahawan dan penyanyi Datuk Seri Vida pula terkena tempias.
Menerusi sepotong video Vida mengenang semula usahasama produk makanan yang terkandas di tengah jalan bersama Siti Sarah, netizen anggap tindakan itu atas dasar cuba menumpang simpati untuk meraih untung.
"Hampa ni kena check doktor, otak tercabut ke? Saya terpaksa senyapkan video tersebut kerana kamu tidak memahami sensitiviti.
"Cubalah situasi itu berlaku kepada kamu, orang mengaut untung atas kematian kamu. Logik, kubur tengah merah. Baru je tanam. Boleh tak tunggu sekejap sebelum nak promosi produk?" tulis seorang pengguna di Twitter. Dalam video yang diambil dari Instagram Stories Vida, pelantun lagu I Am Me itu dilihat sedang menjamah produk makanan tersebut sambil bersedih.
Namun, pada penghujung video, Vida mempromosikan produk itu selain meletakkan video Sarah sebagai testimonial sedang mencuba produk yang sama.
"Empat lima bulan lepas Allahyarhamah Siti Sarah berjumpa saya, nyatakan hasrat untuk keluarkan satu produk makanan.
"Dengan usaha sama maka terhasillah Unagi Fish COD ni. Namun, tergantung dan tersangkut oleh sebab PKP dan sebagainya. Tambahan pula Sarah sedang mengandung.
"Allah, ini hasrat dan impian beliau, saya rasa tersangkut dengan impian dan hasrat arwah.
"Ini produk makanan pilihan beliau. Beliau sangat komited dan bersungguh untuk jayakan semua ni. Sangat sedap, rangup, pedas manis, high taste, pilihan yang tepat. Namun, Allah lebih menyayangi beliau," tulis Vida.
Dalam pada itu, Vida turut berkongsi curahan hatinya terhadap kehilangan Siti Sarah.
"Saya rasa terkilan dengan Sarah, sempat jumpa beberapa bulan lepas, banyak yang kami dah plan.
"Arwah begitu teruja tak sabar nak sama-sama dengan saya berbisnes. Masa tu dia ngandung nak masuk empat bulan kalau tak silap," kata Vida.
Allahyarhamah Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.
Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.
Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Keropok Lekor Losong Sudah, Terengganu Disaran Patenkan 'Ikan Celup Tepung' Pula

gempak
12/11/2024
12:39 MYT
Terengganu disaran mempatenkan produk makanan, ikan celup tepung yang popular di negeri ini, sebagai harta intelek bawah kategori Petunjuk Geografi (GI).
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Berita

"Saya Nampak Tayar Ativa Gilis Badan Zharif" - Saksi

gempak
12/11/2024
06:49 MYT
Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kereta Perodua Ativa yang dipandu pegawai kanan polis melanggar motosikal ditunggang seorang pelajar dari belakang sebelum menggilis badan mangsa, Disember tahun lalu.
Viral

Inspektor Sheila Bebas Kes Hina Peguam

gempak
12/11/2024
01:20 MYT
Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, melepaskan dan membebaskan Inspektor Sheila daripada satu pertuduhan menghina kesopanan seorang peguam, tahun lalu.
Hiburan

Tampilkan Gaya Old Money, Andika Putera Dikecam Netizen - “Tak Nampak Old Money . Tapi Nampak Funny”

gempak
11/11/2024
08:55 MYT
Meskipun baru ditubuhkan, Andika memaklumkan bahawa dia sudah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang ahli bagi komuniti tersebut
Unitar