Kehadiran rakan-rakan pada majlis perkahwinan pasti memberi keceriaan pada pengantin, apatah lagi jika mereka itu merupakan individu terdekat dalam hidup pasangan raja sehari.

Namun, lain pula kisahnya dengan sepasang pengantin baharu yang ‘terhibur’ dengan pemberian pelbagai jenis hadiah oleh rakan-rakan yang hadir pada majlis perkahwinan mereka.

Menerusi video yang tular di media sosial, hadiah-hadiah yang diberikan termasuklah kalungan bunga, permainan serta penyampu dan penyodok sampah.

Meninjau rungan komen di platform X, pelbagai respons diberikan oleh netizen. Ada yang menyokong tindakan rakan-rakan si pengantin dan menganggap ia sebagai satu bentuk gurauan.



Malah, ada juga yang memberikan maklum balas kurang senang dengan hal berkenaan, termasuk cara berpakaian yang dianggap tidak mengikut formaliti majlis.





Sumber: Platform X