Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya?

Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.

Pertemuan Ajib & Naziah

Pertemuan tidak diduga terjadi selepas kereta yang dipandu Naziah rosak yang menyebabkan dirinya buntu untuk balik ke kampung menyambut Hari Raya sehinggalah dipelawa oleh Ajib untuk pulang bersama kerana berasal dari tempat yang sama.

Plan Ajib Rosak Sebab Adik Naziah



Walaupun semua persiapan telah dibuat oleh Ajib untuk memikat Naziah. Perancangan Ajib untuk balik berdua bersama Naziah dalam suasana romantik gagal apabila adik kepada ‘crush’nya, Husni, yang menyakitkan hati turut serta dalam perjalanan balik ke kampung.

Husni Halang Interaksi Ajib Bersama Naziah



Semasa dalam perjalanan, Husni yang terjerit-jerit bermain permainan video di telefon bimbit menganggu peluang Ajib untuk berbual dengan kakaknya, Naziah.

Husni Buat Hal Lagi



Teruja untuk menang dalam permainan video, telefon bimbit Husni terjatuh di dalam kereta. Husni cuba mengambil telefon bimbit yang berada di sekitar kawasan kaki Ajib membuatkan fokus Ajib terganggu semasa memandu sehingga terpaksa memberhentikan kereta.

Husni Kena Marah Dengan Naziah



Naziah memarahi Husni akibat daripada gangguan yang dilakukan terhadap perjalanan mereka ke kampung. Merajuk kerana dimarahi, Husni keluar dari kereta dan lari daripada Ajib dan Naziah.

Ajib Pujuk Husni



Melihat kepada keadaan tersebut, Ajib mengejar Husni dan berjaya memujuknya. Naziah kagum dengan kebolehan Ajib memujuk Husni. Setelah pelbagai cabaran yang dilalui ketika dalam perjalanan, ketiga-tiga mereka akhirnya sampai ke Kodiang.