Laman Utama

Keadaan Ibu Semakin Uzur, Nora Mohon Doa Peminat – “Ubat-Ubat Tidak Respon Dengan Baik, Mohon Doakan…”

gempak
Shahrin Zulkifle
08/11/2022
04:00 MYT
Sponsor Banner
Keadaan Ibu Semakin Uzur, Nora Mohon Doa Peminat – “Ubat-Ubat Tidak Respon Dengan Baik, Mohon Doakan…”
Penyanyi Datuk Nora Ariffin meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan ibu tercinta, Datin Wan Azizah yang telah dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital tempatan sejak enam hari lalu.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Nora memaklumkan keadaan ibunya semakin uzur dan tidak memberi respon terhadap ubat yang diberikan pegawai perubatan.
“Hari ini hari ke enam, ubat-ubat tidak respon dengan baik.
“Ya Allah Ya Tuhanku. Maha pengasih dan penyayang, kau berikanlah kesembuhan pada ibuku yang sedang uzur.
“Kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu kecil.
“Mohon sahabat-sahabat, orang-orang alim yang mengenali ibu saya mendoakan agar ibu kembali sihat. Saya masih sayang dan rindu ibu,” kongsinya.
Terdahulu, Nora turut berkongsi gambar keadaan ibunya yang terbaring di atas katil wad hospital sejak beberapa hari lalu.
Sementara itu, di ruangan balas milik pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu dihujani doa dan kata-kata murni yang disampaikan oleh rakan selebriti serta peminat Nora.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live