Berita
“Keadaan Mereka Kini…”- Fizo Omar Sahkan Anak & Mawar Karim Positif Covid-19
Pelakon Fizo Omar mengesahkan anaknya, Wan Maryam serta bekas isteirnya Mawar Karim disahkan positif Covid-19 pada 1 Januari lalu.
Fizo memberitahu Mawar dan anaknya kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Pun begitu, Fizo bersyukur kerana keputusan ujian Covid-19 dirinya disahkan negatif.
“Assalamualaikum semua. Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya Wan Maryam, dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positive Covid-19 sejak 1 Jan 2021 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
“Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil.Saya telah pun menjalani Swab test pada 2 jan 2021 dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif,” katanya.
Fizo berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Fizo memuat naik paparan skrin keputusan ujian Covid-19 miliknya.
Dalam pada itu, Fizo sempat berpesan agar semua orang menjaga diri dan dijauhakan segala penyakit terutama Covid-19.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua front liners yang terlibat bertungkus lumus untuk “berperang” dengan Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.
“Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dengan COVID-19 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri ataupun keluarga anda.
“Saya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yg menghadapi cabaran Covid-19 ini,” katanya lagi.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam.
Must-Watch Video