Laman Utama

Keadaan Nad Zainal Kini Kritikal, Ungku Ismail Mohon Doa

gempak
Asyikin Mayudin
23/11/2022
06:40 MYT
Sponsor Banner
Keadaan Nad Zainal Kini Kritikal, Ungku Ismail Mohon Doa
Pelakon Ungku Ismail memaklumkan aktres Nad Zainal yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini dalam keadaan kritikal.
Ungku ketika dihubungi Gempak turut memohon semua orang mendoakan agar aktres berusia 32 tahun itu diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Ya, doktor baru saja memaklumkan keadaan Nad sekarang kritikal. Saya mohon semua orang mendoakan dia sembuh sedia kala,” kata Ungku menerusi kiriman mesej kepada Gempak.
Terdahulu, Ungku memberitahu Nad Zainal mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas sehari selepas itu.
Menurut Ungku, Nad akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pada Ahad dan keadaan dadanya kembali okay selepas makan ubat yang diberikan oleh doktor.
Bagaimanapun Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan CT.
Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam disebabkan Nad berdepan masalah pernafasan.
Pada Selasa, Nad dilaporkan berada di unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Ampang Puteri, akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live