BERITA
Kebanyakan Negara Arab Sambut Aidilfitri Pada Ahad
Umat Islam di kebanyakan negara Arab akan menyambut Aidilfitri pada Ahad, menandakan berakhirnya bulan Ramadan.
Anadolu Ajansi (AA) melaporkan pihak berkuasa agama di Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan bahawa anak bulan telah kelihatan pada Sabtu.
Dengan itu, Aidilfitri akan diraikan pada Ahad.
Pengumuman serupa turut dibuat oleh Pejabat Wakaf Sunni di Yaman dan Iraq.
Bagaimanapun, Oman memaklumkan bahawa negara itu akan menyambut Aidilfitri pada Isnin susulan anak bulan Syawal tidak kelihatan.
Aidilfitri merupakan satu daripada dua perayaan utama dalam Islam, selain Aidiladha.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video