Pelakon Aiman Hakim Ridza mendedahkan dia bukan memperlahankan karier seni cuma lebih memilih apa yang ingin dilakukan.
Kata Aiman, dia sudah menjelaskan sebelum ini kenapa dia perlu memilih karya.
"Saya sudah menerangkan beberapa kali kenapa saya memilih karya sebelum menerima tawaran berlakon.
"Saya memilih skrip kerana memikirkan ini sangat penting untuk karier saya.
"Bukan saya sahaja tetapi artis lain juga perlu memilih malah memastikan ia bagus untuk masyarakat," katanya.
Aiman ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu iaitu Sunsilk #Siscuba di Balai Berita NSTP Bangsar semalam.
Pelakon filem 'Kimchi Untuk Awak' turut mendedahkan sikap lantangnya di media sosial adalah untuk kepentingan dirinya.
"Bagi saya semua orang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dalam kehidupan ini. Jadi saya melakukan itu untuk manfaat diri sendiri.
"Saya semestinya ingin bekerja dalam keadaan yang baik bersama skrip yang bagus.
"Semua orang menginginkan perkara itu cuma apa yang membezakan adalah menyuarakan atau mendiamkan diri.
"Masalah di Malaysia ialah apabila kita menyuarakan rasa tidak puas hati akan dilabel diva dan bagi saya pemikiran seperti itu salah.
"Setiap artis perlu ada ruang untuk meluahkan idea dan kreativiti kerana itu sangat penting.
"Kebanyakan daripada skrip tidak ada ruang seperti yang diinginkan umpama lembu dicucuk hidung," katanya kepada Gempak.
Zulaikha Yusof
Wed Nov 28 2018
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.