Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menyelar seorang warganet yang tidak bersetuju dengan isu melarang penjualan arak.

Syamsul menerusi ruangan komen membalas pandangan warganet yang berasakan tidak adil sekiranya penjualan arak disekat kerana negara Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

“Cakap 1 Malaysia…1 Malaysia berbilang kaum dan agama kan…Kalau diaorang sekat terus arak tu mungkin orang yang beragama Islam akan marah sebab mereka tak dapat hak mereka, sedangkan orang Islam dapat haknya sendiri. Ingat orang Islam je ke yang ada kat Malaysia?,” tulis individu tersebut.

Sementara itu Syamsul melalui komen balasnya menjelaskan, dia tidak bersetuju Malaysia mengeluarkan jenama arak sendiri serta penggunaan nama yang mengelirukan.

“Kebodohan apakah ini? Arak dah penuh jual kat negara n ikan? Sekarang ni isunya bukan kita minta banned tak jual terus (which is lagi bagus), cuma tak setuju Malaysia keluarkan jenama sendiri, siap guna nama yang mengelirukan dan ia diluluskan pemimpin Islam. Itu isunya,” tegas Syamsul.

Perkongsian yang dibuat Syamsul menerusi laman sosial Instagram itu turut mendapat perhatian penceramah bebas, Syamsul Debat.

“Kegagalan mereka ini mementingkan perkara yang penting... serta memhami perkara yang pokok.. osah ea lahai…Doakanlah diaorang ni @syamsulyusoffilm,” tulis Syamsul Debat.

Pada hantaran sama, di ruangan kapsyen Syamsul menjelaskan dia hanya melontarkan persoalan dan sudah mengutarakan apa yang perlu.

“Mahu juga dijual dan setuju isu arak ni. Korang rasa?

“Ntahla jang…Abang jahil…Takpelah, yang penting abanga dah cakap, kawtim! At the end of the day kita semua hadap destinasi yang sama,” tulisnya.