Skip to main content

Berita Tempatan

“Kecil-Kecil Dah Cantik…”- Sambutan Hari Jadi Bertema Frozen Anak Diana Amir Meriah

dianaamiranak.jpg
Pelakon dan pengacara, Diana Amir  mengadakan sambutan ulang tahun ke-4 anak sulungnya, Khawlah Al-Azwar semalam.

Sambutan ulang tahun yang bertemakan kartun dari filem Frozen itu diadakan dengan sungguh meriah.

Diana berkongsi foto-foto sepanjang majlis itu berlangsung menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Sementara, Khawlah pada sambutan hari jadi tersebut mengenakan busana sama dengan watak utama filem tersebut iaitu Elsa.

Khawlah mendapat perhatian pengikut di IG yang rata-rata memuji wajahnya yang cantik walaupun masih kecil.



Sambutan hari jadi itu turut dihadiri oleh pelakon Fouziah Gous sekeluarga.

Diana dan suami, Mohd Habibbullah berkahwin pada 26 Oktober 2013 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata, Khaulah Al Azwar, Khadija Azzehra dan Muhammad Khalid Al Habib.

Berikut adalah foto-foto menarik yang dikongsikan.
 

 

Advertisement

Must-Watch Video