Bintang dari Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL dan Raffi Ahmad dikhabarkan akan menjadi selebriti terawal yang menerima suntikan vaksin. Meski demikian, jenis vaksin yang akan disuntik tidak dinyatakan. Diketahui, Indonesia akan menerima vaksin jenis Sinovac.
Berita yang telah tular sejak semalam itu kemudian disahkan oleh kedua dua pengurus artis tersebut.
Pengurus Raffi Ahmad, Prio, mengesahkan hos, pelakon dan penyanyi itu akan menjadi penerima kelompok awal suntikan vaksin yang mula diberikan di republik tersebut pada 13 Januari 2021.
"Iya benar, cuma saya tidak ada informasi lanjut. Tapi memang akan disuntik vaksin (COVID 19)," kata Prio menerusi khidmat pesanan WhatsApp kepada CNNIndonesia.
Sementara itu, pengurus BCL, Doddy yang dihubungi media sama mengatakan pihaknya masih menunggu arahan daripada pemerintah untuk melakukan suntikan tersebut.
"Kami masih menunggu juga [arahan dari pemerintah. Jika ada perkembangan lanjut kami akan kongsikan nanti," kata Doddy.
Dia juga menambah sekiranya menjadi antara kelompok awal menerima suntikan vaksin demi negara, BCL siap melakukannya.
"Kalau untuk tujuan negara dan mendampingi Bapak Presiden [Joko Widodo], kami siap," tambahnya lagi.
Sebelum ini sempat beredar senarai Rencana Penyuntikan Perdana 13-15 Januari 2021 yang dikatakan dikeluarkan oleh Kementerian Kesehatan.
Selain para menteri dan VIP, tercatat nama beberapa selebriti Indonesia seperti Raffi Ahmad dan BCL. Kemudian, nama pengacara Nadia Shahab juga dikatakan akan menerima vaksin tersebut.
Namun khabar tersebut dibantah oleh jurucakap Vaksin Covid-19 dari Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi. Dia memastikan rilis yang beredar itu adalah palsu.
"Itu bukan rilis rasmi Kementerian Kesihatan ya, dan informasi tersebut tidak dapat dijadikan rujukan," kata Nadia saat dihubungi CNNIndonesia.
Terdahulu, Presiden Indonesia, Jokowi memaklumkan beliau akan menjadi individu pertama yang disuntik dengan vaksin Covid 19 pada 13 Januari mendatang.
Instagram: @raffinagita1717, @prestigeindonesia
Maliah Surip
Sat Jan 09 2021
Yayasan Nurjiwa & Yayasan Prihatin Berkolaborasi Menyantuni Anak Yatim, Ibu Tunggal & Penggiat Seni
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional, Datuk Aizuddin Ghazali menzahirkan perasaan bersyukur dan sangat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan oleh Yayasan Nurjiwa kepada Yayasan Prihatin Nasional untuk menjalinkan kerjasama strategik ini.
Maryam Durian Kimchi Biasakan Ajar Anak Berdikari - “Dia Jatuh Saya Biarkan Sahaja, Lepastu Tanya Gwenchana?”
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi mendedahkan yang dia mendidik anaknya Rina Diana supaya berdikari walaupun usia anaknya itu baru mencecah dua tahun.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Miliki Kereta Pertama, Ramai Puji Amir Jahari Tak Beli Jenama Mewah - “Sederhana Itu Nyaman”
Tahniah Amir.
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.