Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida (DSV) telah mengunjungi rumah pasangan penyanyi Ashira dan Bad Indigo pada jam 3 pagi baru-baru ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya.

DSV datang ke rumah pasangan tersebut untuk meluahkan pandangannya bahawa Ashira tidak perlu bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran milik rakannya seperti yang tular sebelum ini.

"Tuan rumah, minta maaf, pukul 3 pagi juga kita sampai rumah, walaupun niatnya baik nak bagi Ashira tak payah cuci pinggan lagi. Tak tahu lah tuan rumah nak cakap apa," katanya dalam video tersebut.

Ashira yang menyambut kedatangan DSV itu membalas dengan berseloroh.

"DSV ni memang suka kacau orang lewat lewat macam ini ya? Pukul 3 pagi," katanya.

Kemudian DSV menyambung, katanya Ashira boleh mencuba cara atau jalan lain selain bekerja membasuh pinggan.

"Saya rasa tak layak Ashira cuci pinggan, jangan cuci pinggan lah Ashira, saya datang ni membawa hajat, hajatnya jangan cuci pinggan, Insya-Allah kita ada jalan, faham tak Ashira?," tambahnya.

Selain itu, DSV juga menyifatkan Bad sebagai seorang yang lawak dan mencadangkan penyanyi itu untuk sertai program Maharaja Lawak.

"Saya datang melawat Ashira dan Bad ni, pada mulanya saya ingatkan Bad seorang yang serius, tapi sebenarnya boleh masuk Maharaja Lawak lah! Boleh masuk sebab memang lawak sungguh orangnya.

"Saya cabar Maharaja Lawak untuk ambil Bad, patut bagi job dekat Bad lah," katanya lagi.

Dalam video itu juga, DSV telah menghulurkan bantuan seikhlas hati dalam dua sampul surat yang dihulurkan kepada pasangan tersebut.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Terdahulu, DSV meluahkan hasratnya untuk menghubungi Ashira dan Bad untuk membantu pasangan tersebut, tambahan lagi Bad kini sedang mengalami masalah kesihatan.

BACA: "Saya Nak Tolong Supaya Dia Tak Perlu Basuh Pinggan Di Kedai Makan Lagi" - DSV Mahu Hubungi Ashira & Bad Indigo