Laman Utama

Kecoh Kononnya Peluk 'Wanita' Di Set Penggambaran? Ini Penjelasan Syafi Tee

gempak
Amri Hassan
24/11/2021
23:45 MYT
Sponsor Banner
Kecoh Kononnya Peluk 'Wanita' Di Set Penggambaran? Ini Penjelasan Syafi Tee
Tular sepotong video di platform TikTok, anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Syafi Tee didakwa memeluk seorang figura seperti wanita.
Difahamkan, video terbabit pada mulanya dikongsikan di akaun jurusolek selebriti bernama Evfa yang bekerja bersama-sama dengan Syafi untuk penggambaran sebuah drama baru-baru ini.
Bagaimanapun, ramai yang tersalah anggap dan membuat pelbagai spekulasi terhadap visual Syafi memeluk Evfa ketika di set penggambaran terbabit.
Tampil menjelaskan perkara terbabit, kata Syafi, 28, situasi sebenar bukanlah seperti yang difikirkan oleh netizen.
"Okey satu bendalah, kalau korang tak tahu perangai aku sebenarnya aku ni memang gila sikit kat set. Aku suka kacau orang.
"Dan kenyataan wanita itu, dia bukan wanita. Saja je kan. Tapi yalah, aku minta maaf, aku akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.
Perkongsian Syafi juga mendapat perhatian pengikut Instagramnya yang memberikan respon terhadap laporan terbabit.
Tulis individu berkenaan menerusi kiriman mesej langsung; "Kenapalah dia tak tahu kak Efva tu 'pro max'."
Video berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan oleh Evfa.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live