gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ally Mukhriz Throwback Gambar Kahwin, Netizen Mula Buat Perbandingan Dengan Baju Ezlisa Loy - “Kemungkinan Inspirasi…”
HIBURAN
“Pesan Kat Followers Kau Suruh Diam Perempuan” - Fara Salleh Bengang Dibandingkan Dengan Bekas Isteri Shuk Sahar
HIBURAN
“Respect Sebab Aina Abdul Tulis Lagu Sendiri, Itu Bukti Dia Berbakat” – Man Bai
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Kecoh! Norman Hakim Bila Beristeri 4 Dalam The Maid

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
30/12/2020
13:04 MYT
Sponsor Banner
Kecoh! Norman Hakim Bila Beristeri 4 Dalam The Maid
Hidup berpoligami mungkin perkara yang selalu diidamkan oleh kaum lelaki, tapi realitinya mampukah isteri-isteri bahagia dan dilayan dengan adil?
Istimewanya drama terbaharu eksklusif siri original dari Gempak berjudul The Maid bakal membawakan kisah suami berkahwin empat yang dalam masa diberikan pembantu rumah setiap seorang.
Drama The Maid menampilkan aktor Norman Hakim yang membawakan watak utama sebagai Jay iaitu lelaki yang mempunyai empat orang isteri.
Menariknya pelakon popular yang membawakan watak empat isteri itu adalah Sherry Alhadad, Mira Filzah, Datin Eina Azman dan Ezatty Abdullah.
Bukan sahaja menonjolkan watak isteri-isteri tetapi The Maid sudah tentu menampilkan kisah pembantu rumah kepada setiap isteri Jay.
Antara pelakon pembantu rumah yang menjayakan drama siri ini adalah Eida Moin, Zarina Zainoordin, Nadya Shahera, Siti Khadijah Halim dan Isha Norsham.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar menerusi The Maid yang akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2021, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104).
Topic Berkaitan
#Mira Filzah
#.
#Norman Hakim
#The Maid
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement