Tidak dinafikan filem yang mengangkat haiwan kucing sebagai subjek utama mempunyai kekuatan dan keunikannya tersendiri.

Filem seperti ini selalunya sangat sesuai untuk ditonton bersama keluarga.

Namun, tahukah anda rupanya sudah banyak filem yang menggunakan kucing sebagai elemen utama?

Gempak senaraikan antara filem ‘meow’ yang pernah mencetuskan fenomena!

#1 Doraemon


Siri animasi popular Jepun ini telah beberapa kali diangkat sebagai filem.

Namun, paling banyak diperkatakan adalah filem Stand By Me Doraemon. Filem ini dikatakan sangat menyentuh perasaan dan beremosi.

Begitu hebat hubungan Nobita dan kucing robot, Doreamon!

#2 Captain Marvel


Pasti anda tidak sangka filem ini juga mempunyai elemen haiwan kucing bukan?

Hakitatnya watak kucing dalam filem Marvel ini memainkan peranan penting untuk selamatkan dunia!

#3 Tom And Jerry

Animasi ikonik ini telah diangkat menjadi filem ‘live action’ pada Februari lalu.

Biarpun dunia berdepan pandemik, filem ini masih mengaut keuntungan ‘box office’ sebanyak 118 juta USD.

#4 Puss In Boots


Filem ini juga antara yang popular sekitar 2011 dan dibintangi pelakon kelas A.

Antaranya termasuklah Antonio Banderas dan Salma Hayek.

Filem ini mengaut keuntungan sebanyak 555 juta USD.

#5 Cats


Filem muzikal ini juga antara yang banyak diperkatakan oleh pengkritik filem.

Cats dibintangi pelakon penyanyi hebat seperti Taylor Swift, James Cordon, Jennifer Hudson dan ramai lagi.

Filem ini berjaya mengutip 75.5 juta USD.

Chomel 24 Jun Ini!

Melihat pada senarai ini pernah tak anda terfikir untuk melihat filem tempatan mengangkat kucing sebagai subjek utama?

Kini anda boleh menonton filem Chomel yang bakal ditayangkan 24 Jun ini!

Buat julung kalinya di Malaysia, Chomel mengangkat hubungan persahabatan dan kasih sayang sebuah keluarga bersama seekor kucing.

Untuk makluman, kisah Chomel bermula apabila Mimi yang kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Saksikan filem Chomel yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Jun 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw