Laman Utama

Kedai Dirempuh Kereta, Shuib Syukur Semua Pekerja Selamat - “Mungkin Pemandu Ingat Drive Thru..”

Azwa Rahman
14/10/2022
01:56 MYT
Pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu menarik nafas lega apabila tiada nyawa yang terkorban ketika kedai air miliknya yang terletak di Ipoh Perak dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).
Menerusi laman sosial Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, memuat naik foto selepas insiden tersebut berlaku menyaksikan hampir keseluruhan depan kedainya roboh akibat dirempuh.
Jelas Shuib lagi, bagaimana rempuhan sehingga menyebabkan bahagian depan kedai musnah masih lagi di dalam siasatan.
“Kejadian di outlet BubbleBee Meru Ipoh. Tak tau macam mana boleh jadi, tengah siasat. Mungkin pemandu ingat outlet ni drive thru.
“Tapi alhamdulillah semuanya ok. Tiada kemalangan jiwa. Semoga urusan pemandu dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat kaunter hadapan, kaunter buat air dan kabinet dapur mengalami kerosakan selepas dihentam teruk daripada hadapan.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sedih melihat kemusnahan tersebut namun mendoakan yang baik-baik sahaja bagi pihak kedai dan pemandu kenderaan tersebut.
“Ada yang lebih baik menanti. Insyallah, amin ya rabb,” komen Anuar Zain.
“Semua ada hikmahnya. Mungkin ni idea untuk kau buat drive thru pula,” kata seorang wargamaya.
“Ni mesti alasan tertekan minyak atau break rosak? Apa pun benda dah jadi, reda je la,” ujar seorang wargamaya.
“Baru je pergi sini beberapa hari lepas. Semoga semuanya dipermudahkan,” kata seorang wargamaya.
“Harap dapat selesaikan dengan baik, syukur takde yang terkena. Semoga semua urusan dipermudahkan,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 57,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dikritik Gara-Gara Bergambar Dengan Kereta Tank Israel, Bright Vachirawit Mohon Maaf

gempak
26/07/2024
23:55 MYT
Pelakon Thailand, Bright Vachirawit menerima kecaman yang hebat gara-gara bergambar di hadapan sebuah kereta tank didakwa milik Israel ketika berada di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Viral

Pesta Kahwin Ada Lagi 2 Bulan, Anant Ambani Sambung Rai Di UK, Putera Harry, Meghan Tetamu

gempak
26/07/2024
15:55 MYT
Ingatkan sudah selesai, rupa-rupanya masih ada lagi majlis perkahwinan penuh sensasi yang mahu diraikan antara orang terkaya dunia, Mukesh Ambani.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Viral

Bateri Litium Meletup Dalam Lif, Lelaki Meninggal Dunia Selepas 28 Hari Dirawat Di Hospital

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video rakaman CCTV memperlihatkan sebiji bateri litium yang dibawa oleh seorang lelaki meletup dan terbakar dalam lif meraih perhatian netizen seluruh dunia.