,
Laman Utama

Kedai Gunting Rambut Terpaksa Gulung Tikar Ketika Pandemik? Siapa Sangka Pemuda Ini Buat ‘Comeback’ Dengan Menghasilkan...

Hanafis Haris
13/12/2021
12:57 MYT
Siapa sangka biarpun berdepan dengan pandemik yang serba mencabar, seorang pemuda membuktikan dia mampu bangkit untuk meneroka misi baharu.
Menurut pemuda dikenali sebagai Amirul O’oi Ashraf Mokhtar, perniagaan kedai gunting rambut Debut Barber & Shop telah ditubuhkan lebih daripada tiga tahun yang lalu.

Menurutnya, dalam jangka masa setahun, dia telah berjaya membuka dua kedai gunting rambut di bandar raya Ipoh.

Pun begitu jelas Amirul, dia kemudian berdepan dengan cabaran paling besar apabila pendemik Covid-19 bermula sekitar dua tahun lalu.

“Apabila pandemik bermula, saya terpaksa membuat keputusan bisnes yang paling sukar bagi saya iaitu untuk menutup salah satu kedai gunting rambut saya dan menunda penghasilan Debut Homme untuk sementara waktu.

“Lockdown atau kawalan sekatan pergerakan yang berterusan disebabkan oleh COVID-19 telah meninggalkan kesan mendalam terhadap bisnes kami namun kami telah berjaya mengatasi semua rintangan yang ada.

“Saya mempunyai pasukan yang kuat dan setiap halangan yang kami tempuhi kami anggap sebagai cabaran yang harus kami takluki,” katanya.

Tambahnya, berkat daripada kesabaran dan kesungguhan dia dan pasukan Debut Barber & Shop telah menghasilkan rangkaian produk penjagaan diri yang bertujuan untuk membantu golongan lelaki untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan penampilan fizikal mereka.

Dilancarkan pada minggu lalu, Debut Homme menawarkan rangkaian yang terdiri daripada tiga produk asas penjagaan diri khusus untuk lelaki moden seperti pembersih badan, syampu dan deodoran.

“Setiap satu diperbuat daripada bahan semulajadi dan lestari (sustainable). Dipek menggunakan rekaan hitam putih yang monokrom, selari dengan gaya inklusif dan maskulin yang ingin ditonjolkan.

“Debut Homme juga dicipta sebagai pilihan alternatif bagi golongan lelaki yang inginkan sesuatu yang lain daripada produk penjagaan diri lelaki yang sedia ada di pasaran,” katanya yang merupakan pengasas dan Ketua Bahagian Strategik bagi kedua-dua jenama berkenaan.

Untuk membuat pembelian secara online, layari www.debutofmalaysia.com di mana anda boleh memperolehi lebih banyak lagi maklumat mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.