,
Hollywood

Keeping Up With The Kardashians Temui Titik Noktah

Asraf Aided
09/09/2020
10:13 MYT
Personaliti televisyen dan sosialit popular Hollywood, Kim Kardashian mengumumkan rancangan realiti yang menampilkan keluarga mereka, Keeping Up With The Kardashians (KUWTK) akan menemui titik noktah selepas musim terakhir awal tahun hadapan.
Berita mengejutkan itu diumum menerusi entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
"Dengan rasa berat hati, kami sekeluarga telah membuat keputusan yang sukar dan harus mengucapkan selamat tinggal kepada Keeping Up with the Kardashians.
"Selepas 14 tahun, 20 musim, beratus episod dan beberapa spin-off, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah menonton rancangan kami bertahun lamanya.
"Kami akan sentiasa menghargai segala kenangan indah, dan mereka yang telah kami temui sepanjang pembabitan dalam rancangan ini," tulis isteri kepada rapper Kanye West itu.
Dalam pada itu, Kim sempat mendedikasikan penghargaan buat E!, Ryan Seacrest dan pihak produksi Bunim/Murray kerana telah banyak berjasa untuknya sekeluarga.
"Terima kasih kepada semua individu dan perniagaan yang terlibat, paling penting, terima kasih kepada Ryan Seacrest kerana mempercayai kami, E! dan pihak produksi Bunim/Murray kerana telah meluangkan masa yang tak terkira sepanjang mendokumentasikan kehidupan kami.
"Musim terakhir kami akan menemui anda pada awal tahun 2021," tulisnya lagi.

To our amazing fans - It is with heavy hearts that we’ve made the difficult decision as a family to say goodbye to Keeping Up with the Kardashians. After what will be 14 years, 20 seasons, hundreds of episodes and numerous spin-off shows, we are beyond grateful to all of you who’ve watched us for all of these years – through the good times, the bad times, the happiness, the tears, and the many relationships and children. We’ll forever cherish the wonderful memories and countless people we’ve met along the way. Thank you to the thousands of individuals and businesses that have been a part of this experience and, most importantly, a very special thank you to Ryan Seacrest for believing in us, E! for being our partner, and our production team at Bunim/Murray, who’ve spent countless hours documenting our lives. Our last season will air early next year in 2021. Without Keeping Up with The Kardashians, I wouldn’t be where I am today. I am so incredibly grateful to everyone who has watched and supported me and my family these past 14 incredible years. This show made us who we are and I will be forever in debt to everyone who played a role in shaping our careers and changing our lives forever. With Love and Gratitude, Kim

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

KUWTK mula ditayangkan pada tahun 2007 dan telah menjadi platform utama keluarga Kardashians menerajui bidang fesyen, perniagaan, solekan dan sebagainya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Keji, Budak 9 Tahun Antara 120 Mangsa Serangan Seksual Sean Diddy Combs

gempak
02/10/2024
07:55 MYT
Kisah skandal terkutuk mogul Hip Hop, Sean Diddy Combs berkaitan pemerdagangan seks menjadi semakin hangat apabila bukti demi bukti ‘dibentangkan’ di mahkamah.
Hollywood

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

gempak
22/09/2024
13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.
Hollywood

Banyak Tikus, Wanita Dakwa Sean Diddy Combs Mungkin Mati Dalam Penjara

gempak
20/09/2024
16:00 MYT
Seorang wanita yang suaminya maut di dalam penjara sama Sean Diddy Combs kini ‘disumbat’ memberi amaran pesohor seni itu mungkin mati di sana.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
BorakSeeni