gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Dua Lelaki Maut Ditembak Di Depan Pusat Beli-Belah Di Cheras
BERITA
Asrama Pelajar Tahfiz Terbakar
VIRAL
Khairul Aming Akan Pergi ‘Shopping Mall’ Setiap Kali Ke Luar Negara - “Itu Satu-Satunya Masa Yang Saya Ada Privasi”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kehadiran Naim Daniel Di Mahkamah Curi Tumpuan

gempak
Asyraf Roslan
17/06/2025
00:54 MYT
Sponsor Banner
Kehadiran Naim Daniel Di Mahkamah Curi Tumpuan
Kelibat pelakon, Naim Daniel di Mahkamah Sesyen Putrajaya mencuri tumpuan sekali gus memberi bayangan bahawa dia adalah selebriti yang mungkin didakwa terlibat dengan kes amang seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Ditemani ibu

Naim atau nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, tiba sekitar pukul 8:34 pagi lengkap berpakaian sut hitam ditemani ibunya, Nora Taherah.
Bagaimanapun Naim enggan mengulas sebab kedatangannya namun sempat menyapa media dalam keadaan tenang.

“Assalamulaikum semua, InsyaAllah,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.
Mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu. Suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel dan didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 kerana telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
Topic Berkaitan
#Mahkamah
#Naim Daniel
Must-Watch Video