Laman Utama

Kehidupan Influencer Yang Mulanya Indah Bertukar Tragedi Buruk Dalam IMperfect

Shahrin Zulkifle
27/09/2022
13:30 MYT
Sebuah siri original terbaharu daripada Gempak berjudul IMperfect bakal menemui penonton bermula 28 Sepetember ini.
IMperfect mengisahkan tentang kehidupan remaja yang obsess terhadap media sosial. Ia meneroka identiti dalam dunia serba moden melalui persahabatan yang akrab tetapi penuh dengan toksik.
Kisah ini mengenai seorang wanita bernama Liza yang bercita-cita tinggi dan berusaha sebaik mungkin untuk dirinya menjadi pembantu peribadi kepada seorang pempengaruh media sosial yang sangat dikaguminya, Elena.
Tanpa disangka, impian Liza akhirnya menjadi kenyataan apabila dia dapat menjadi pembantu Elena. Hubungan persahabatan mereka menjadi akrab dan sering berkongsi banyak perkara bersama.
Bagaimanapun, hubungan baik itu tidak berkekalan lama apabila Liza mulai cemburu dengan kehidupan Elena yang serba mewah sehingga satu tragedi buruk yang tidak diingini berlaku.
Ingin mengetahui lebih lanjut kisah sebenar yang terjadi? Saksikan episod pertama IMperfect bermula 28 September ini jam 9:30 malam menerusi saluran Astro Ria atau boleh distrim melalui Astro Go/Ultra Box.
IMperfect membariskan pelakon seperti Bella Dowanna, Nia Atasha, Dini Schatzman, Linda Hashim, Daniel Cheang dan ramai lagi.
Menariknya lagi, pengguna Astro On Demand berpeluang untuk menyaksikan terus episod kedua sejurus selepas episod pertama ditayangkan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kahar Kapla High Council: Sky Iskandar Jadi Megat, Teman Wanita Antara Pemberi Semangat - “Dia Paling Teruja”

gempak
18/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Sky Iskandar, 29, akui teman wanitanya, model dan aktres, Nia Atasha antara yang teruja sebaik sahaja mendapat tahu dipilih membintangi filem Kahar, Kapla High Council.
Viral

#GMWA23: Daniel Ajar Ayat ‘Agittew’, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Calum Scott Nak Sebut - “Selamba Dia Gula-Gulakan Macam Tu”

gempak
29/02/2024
12:55 MYT
Selamba je Daniel kacau Calum Scott.
Laman Utama

“Lain Kali Kalau Tak Clear, Boleh Tanya Depan-Depan” - Linda Hashim Pertahan Ahli Keluarga, Kecam Tindakan Ekin

gempak
05/10/2023
23:25 MYT
Masing-masing ada pendapat.
Laman Utama

Mahu Kawad Bawah Bumbung, Netizen Geram Dengan Daniel Cheang! - “Confirm Perangai Budak Sunat Lazer!”

gempak
03/08/2023
14:50 MYT
Buat hal eh Daniel ni.
Laman Utama

Rancangan Realiti Paling Digeruni, Real Men Malaysia: Wira Merah, Buat Mental Hawa Rizwana & Jasmine Suraya Koyak!

gempak
12/07/2023
13:00 MYT
Bukan senang nak jadi bomba ya.