Nubhan yang bakal melancarkan video muzik untuk single terbaru beliau ‘Selamat Jalan Cinta’ seolah-olah dalam keadaan dilema.

Ketika tarikh pelancarannya sudah dirancang, pada masa yang sama isteri beliau, Dr. Afifah Tawfek bila-bila masa sahaja bakal melahirkan cahaya mata yang kedua.

Dalam satu entri video di Instagram, Nubhan menulis tentang dilema yang sedang dihadapi beliau.

“Kejam ke saya? Saya harap isteri saya bersalin lusa ataupun lepas launching mv “Selamat Jalan Cinta” becoz she can deliver anytime now.

Beliau juga meminta maaf kepada isterinya kerana tarikh tersebut tidak dapat ditunda lagi.

“Sorry @fie_tawfek dah tak boleh tunda sebab I betul-betul nak you and Aafiya ada di pelancaran mv single terbaru I. Jangan you bersalin masa I tengah perform sudah,” usik beliau.

Kejam ke saya? ? saya harap isteri saya bersalin lusa ataupun lepas launching mv “selamat jalan cinta” becoz she can deliver anytime now ?sorry @fie_tawfek dah x boleh tunda sbb i betul2 nak u and aafiya ada di pelancaran mv single terbaru i... jgn you bersalin masa i tengah perform sudah...u tau betapa pentingnya u and anak i utk sentiasa ada disisi i...sekarang u teman i...i janji jadi tukang sorak you masa di labour room dan janji curi2 bg coklat jugak ???socay baby...i ada big surprise after you deliver...so tenang2 aje yeee...❤️ #iloveyou #40weeksstillcounting #nubhan #selamatjalancinta #launchingmusicvideo #muchlove

A post shared by NEW “SELAMAT JLN, CINTA” (@nubhan.ahamad) on


“You tau betapa pentingnya You and anak I untuk sentiasa ada di sisi I. Sekarang You teman I… I janji jadi tukang sorak You masa di labour room dan janji curi-curi bagi coklat jugak.

“Socay baby… I ada big surprise after you deliver…. So tenang-tenang aje yee.

Rata-rata peminat terhibur dengan video yang dibuat serta meninggalkan komen mendoakan semoga semuanya dipermudahkan.

Nubhan dan Afifah bernikah pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Aafiya.