Sebuah video yang dikongsi penyanyi Elizabeth Tan di Instagram mengundang perhatian netizen.
Dalam video berkenaan, Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy memakai singlet hitam dan seluar pendek sambil menumbuk batang pokok pisang.
"Salam dari Ayer Tawar, tiber," seloroh Lizzy di bahagian kapsyen.
Meskipun hanya menunjukkan perbuatan suka-suka, namun netizen di ruangan komen tampil dengan pelbagai reaksi.
Ada netizen yang bergurau mengatakan dirinya rela menjadi pokok pisang dan ditumbuk oleh penyanyi lagu
Semua Sudah itu.
Bukan itu sahaja, seorang lagi pengguna Instagram berseloroh mahu hentikan mengikuti (unfollow) Lizzy di akaun Instagram suaminya.
"Tumbuk jela kita, kita rela jadi pokok pisang itu," tulis netizen.
"Kejap lagi aku unfollow dia dekat IG laki aku," tulis seorang lagi.
"Untunglah pokok pisang tu hmm," tulis yang lain.
Setakat artikel ini ditulis, entri tersebut mendapat lebih 54,000 tanda suka diikuti lebih 1,000 komen.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.