Berita

"Kejung Je Duduk Tunggu Doktor" - Isteri Saharul Ridzwan Paranoid Kena Keluar Buat Check-Up Gara-Gara...

gempak
ZULHILMI JALIL
02/04/2020
04:08 MYT
Sponsor Banner
"Kejung Je Duduk Tunggu Doktor" - Isteri Saharul Ridzwan Paranoid Kena Keluar Buat Check-Up Gara-Gara...
Isteri pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir mendedahkan bahawa dia menjadi seorang yang paranoid apabila terpaksa keluar rumah bagi menjalani pemeriksaan bayi dalam kandungannya di hospital ketika negara dilanda penularan wabak Covid-19.
Menurut Deena, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selama ini, dia hanya menghabiskan masa dengan duduk di dalam rumah sahaja.
"Alhamdulillah, baru lepas check up baby. Dah tujuh bulan rupanya. Punyalah mummy sibuk sampai tak perasan.
"Tapi nak ke hospital pagi (semalam) tadi Ya Allah, paranoid ya amat. Buat pertama kali keluar rumah. Selama ni dekat pagar depan pintu pun tak pergi," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Jelas Deena lagi, disebabkan khuatir dengan jangkitan virus berkenaan, dia cuba mengehadkan pergerakannya ketika berada di luar.
"Terpaksa juga keluar sebab dah tangguh temu janji lama sangat. Kejung je Deena duduk di kerusi sementara menunggu doktor. Allah. Moga-moga sihat walafiat dan dijauhkan daripada wabak penyakit Covid-19. Amin Ya Rabb," tulisnya.
Dalam posting tersebut, Deena turut berkongsi video yang imbasan ultra bunyi kandungannya.
Rakaman video itu turut menunjukkan imej jelas tangan telapak tangan anaknya.
"Baby adik kata tolong #stayathome dan selalu basuh tangan", tulisnya yang kini sedang mengandung anak kedua.
Deena mendirikan rumah tangga dengan Saharul pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan anak sulung, Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live