Kumpulan Taman terselamat daripada penyingkiran pada saingan semi final program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam, Selangor malam tadi.
Salah seorang anggota kumpulan Taman iaitu Tauke menyatakan dia bersama rakannya, Man Posmen akur dengan keputusan awal juri apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada minggu ini.
Bagaimanapun, pengacara Datuk AC Mizal memberi kejutan pada Taman dan semua peserta lain termasuk penonton apabila mengumumkan Taman juga mara ke final MLM 2018 pada minggu depan.
"Memang dah adat pertandingan ada kalah dan menang. Kami terima apa jua keputusan.
"Bila diumumkan tersingkir, kami pasrah dan reda kerana sudah buat persembahan yang terbaik dan mungkin ia masih belum mencukupi maka disingkirkan," katanya kepada Astro Gempak.
Secara keseluruhan, Tauke menyatakan persembahan Taman disampaikan mengikut apa yang dirancang.
"Persembahan kami okay cuma mereka yang ada dalam ini semua lagi okay. Saingan kali ini untuk semi final nampaknya semua menyerlah, nampak taring dan berbahaya," katanya.
Bagi Tauke, semua peserta yang bersaing di semi final termasuk Puteh, Zero, Shiro dan Bocey memberikan saingan sengit.
"Sebenarnya, kalau kita perhatikan pemberian 'ha' tidak menjamin mendapat markah tinggi. Beza pada undian TikTok dan ada juri memberi 'ha' penuh tapi juri lain bagi kurang.
"Susah nak tentukan keputusan tapi kelima peserta mala mini bersemangat jitu dan 'power'. Masing-masing pernah buat silap, tak boleh cakap sempurna meskipun mungkin ada andaian penyokong menjangka peserta kegemaran mereka boleh menang tapi kali ini semuanya sama rata," katanya.
Jangan lupa menonton MLM 2018 setiap Jumaat jam 9 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan On Demand.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Elrafaei Sapi
Fri Jan 11 2019
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.