Laman Utama

Kekasih 12 Tahun Lebih Muda, Malaika Arora: “Bukan Hal Yang Mudah”

gempak
Maliah Surip
08/12/2022
14:45 MYT
Sponsor Banner
Kekasih 12 Tahun Lebih Muda, Malaika Arora: “Bukan Hal Yang Mudah”
Bintang Bollywood, Malaika Arora baru baru ini berbicara mengenai kehidupan peribadinya menerusi episod pertama program realiti televisyen, Moving In With Malaika.
Aktres berusia 49 tahun itu bercakap tentang hubungannya dengan kekasih, Arjun Kapoor yang jauh lebih muda daripadanya. Arjun saat ini berusia 37 tahun dan menjadikan jurang usia di antara mereka 12 tahun.
Malaika memberitahu hubungan cinta dengan dirinya lebih berusia bukan sesuatu yang mudah, apalagi bagi masyarakat India.
Kepada pengarah Farah Khan, dia mengaku kerap mendengar cemuhan dan kritikan mengenai jurang usia 12 tahun di antaranya dengan Arjun, lapor indipendent.uk.co.
“Ia bukan hal yang mudah. Saya berhadapan dengan banyak kritikan dan cemuhan hampir setiap hari hanya kerana seorang wanita berusia bercinta dengan kekasih lebih muda,” katanya.
Dan perkara yang membuatkan dia berasa tidak adil adalah masyarakat tidak mengkritik apabila jurang usia pasangan lelaki lebih tua daripada perempuan.
“Lelaki berusia lebih 20 atau 30 tahun lebih tua daripada perempuan dan bercinta, menerima respon yang sebaliknya. Ia membuatkan lelaki berasa diri seperti raja di dunia, sementara wanita tidak,” ungkapnya lagi.
Bukan hanya berhadapan dengan kritikan daripada orang yang tidak dikenali, Malaika mengaku hal yang lebih menyakitkan apabila menerima cemuhan dalam kalangan keluarga dan orang terdekat.
“Saya boleh melupakan apa yang dikatakan orang luar kerana mereka tidak tahu. Tapi apabila ada dalam kalangan orang terdekat mengatakan ‘apa yang dia fikir’ atau ‘kenapa dia sanggup melalui hal ini?’, inilah yang sangat menyakitkan hati saya,” akuinya.
Moving In With Malaika adalah program realiti yang dihasilkan olehnya sendiri dan membawa konsep eksklusif kepada peminat mendekati selebriti India.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live