Laman Utama
Kekayaan Terkumpul Lebih RM3 Bilion, Tapi Shah Rukh Khan Tak Boros...Lebih Suka Makan Di Rumah Saja!
Sebut sahaja mengenai industri hiburan Bollywood, siapa sahaja yang tidak kenal aktor popular, Shah Rukh Khan (SRK).
SRK yang telah berkecimpung dalam dunia seni sejak lewat 1980-an itu berjaya mencipta nama menerusi sekurang-kurangnya 75 filem yang dibintangi.
Maka, tidak hairan lah pelakon Mohabbatein ini disenaraikan sebagai salah seorang aktor paling berjaya dan terkaya di India dengan kekayaan terkumpul sekitar A$750 juta ( melebihi RM3 bilion).
Advertisement
Memetik laporan scmp.com, walaupun bergelar jutawan, SRK sebenarnya suka menjalani kehidupan sederhana dan lebih gemar makan di rumah.
Suami kepada Gauri Khan itu juga dikatakan tidak gemar membelanjakan wang kepada perkara yang tidak perlu.
Meskipun begitu, sudah tentu kediaman aktor berprofil ini bukan calang-calang.
SRK telah lama memiliki kediaman mewah yang terletak di kawasan paling mahal di Mumbai bernilai A$27 juta (RM113 juta)
Menurut isterinya, mereka mengambil masa lebih 10 tahun untuk mengubah suai dan menghias semula rumah tersebut.
SRK dan Gauri Khan mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 1991.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber & Kredit Foto: scmp.com
Must-Watch Video