Sukan Paralimpik merupakan sebuah temasya sukan antarabangsa terulung melibatkan atlet-atlet yang mengalami pelbagai kekurangan upaya fizikal dan mental.

Bernaung di bawah kelolaan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), sukan ini diwakili oleh Pertubuhan Sukan Kebangsaan OKU yang meliputi 6 kategori kelainan upaya iaitu, cacat penglihatan, cacat pendengaran, cacat anggota, terencat akal, spastik dan orang kerdil.

Sering mencatat rekod cemerlang serta kutipan pingat yang tinggi, pencapaian atlet negara dalam sukan-sukan ini juga sangat membanggakan. Namun tahukah anda, ada pelbagai temasya sukan yang dipertandingkan untuk altet para.

Berikut merupakan tujuh sukan kurang upaya yang dipertandingkan di dalam Malaysia serta di peringkat antarabangsa.

1. Sukan Paralimpik - Diadakan setiap empat tahun
2. World Championships of Para-Sports – Diadakan setiap dua tahun
3. Sukan ParaKomenwel – Diadakan setiap empat tahun
4. Sukan Para Asia - Diadakan setiap empat tahun
5. Sukan Para Asia Remaja - Diadakan setiap empat tahun
6. Sukan Para ASEAN - Diadakan setiap dua tahun
7. Para Sukma (Sukan Paralimpiad) - Diadakan setiap dua tahun

Selain bersukan, pasukan bola sepak cacat penglihatan Malaysia juga akan ditampilkan dalam sebuah filem dokumentari, Eye On The Ball (EOTB).

Dokumentari EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.



Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.