Jangan sangka haiwan comel kucing tidak mempunyai banyak variasi filem untuk ditonton.

Ini kerana banyak penerbit filem berpusu-pusu untuk menghasilkan karya yang berkaitan dengan si comel itu.

Jika anda tertanya, apakah filem tersebut, berikut merupakan antara naskah yang menampilkan kucing si moew!

1. Keanu (2016)

Filem ini mengenai Rell yang ditinggalkan oleh teman wanita dan kemudian terjumpa anak kucing depan pintu rumahnya.

Pun begitu, anak kucing tersebut kemudian dicuri oleh pencuri yang kejam.

Sejauh mana kucing itu berjaya diselamatkan anda perlu tonton! Menarik sebab banyak action!

2. A street cat named Bob (2016)

Berdasarkan kisah benar, filem ini mengenai seekor kucing jalanan, mengubah kehidupan seorang penagih dadah.

Difahamkan watak Bob tu sendiri berlakon menjadi wataknya sendiri.

3. Nine Lives (2016)

Filem ini menceritakan mengenai Tom Brand iaitu seorang billionaire.

Untuk memberi hadiah harijadi kepada anaknya, Tom kemudianmembeli seekor kucing dari kedai haiwan yang sangat misteri.

Entah bagaimana tiba-tiba Tom terperangkap dalam kucing tersebut.

Pemilik kedai haiwan tersebut memberinya masa seminggu untuk pulihkan hubungan dengan keluarganya atau selamanya hidup sebagai kucing.

4. Kedi (2016)

Agak menarik kerana filem ini merupakan sebuah dokumentari mengenai kehidupan 6 ekor kucing jalanan di Istanbul.

Biarpun begitu, anda pasti tersentuh melihat betapa kucing kucing jalanan di sana disayangi dan dijaga oleh penduduk di situ.

5.The Cat Returns (2002)

Secara ringkasnya filem ini mengenai seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Haru telah menyelamatkan seekor kucing dari dilanggar lori.

Tambahan pula kucing tersebut adalah seekor Putera Kucing yang bernama Lune.

Untuk menyatakan tanda syukur kerana menyelamatkan anaknya, Raja Kucing meminta Haru supaya mengahwini anaknya Putera Lune.

Haru dibawa ke Kerajaan Kucing dan Haru berubah menjadi kucing. Menarik bukan?

Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?

Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.

Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.

Polisi Insurans Haiwan Peliharaan Oyen ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd. Polisi terma dan syarat diaplikasikan.