Laman Utama
Kelantan Isytihar 25 April Cuti Peristiwa, Berbaloi Bersidai Atas Jalan Sampai 20 Jam Balik Raya
Seiring dengan pengumuman umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada hari Sabtu ini, kerajaan Kelantan turut membawa khabar gembira buat rakyatnya.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan kerajaan Kelantan mengisytiharkan 25 April (Selasa) iaitu 4 Syawal sebagai hari kelepasan am (cuti peristiwa) negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri.
Arahan berkenaan dipersetujui dan berkuat kuasa serta-merta.
"Kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan hari Selasa, 25 April 2023 sebagai hari kelepasan am bagi negeri Kelantan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Pengisytiharan tersebut barangkali memberi kelegaan yang cukup besar buat anak rantau yang sebelumnya telah bersesak dan tersangkut di atas jalan raya demi pulang ke kampung halaman masing-masing.
Malah media turut melaporkan ada pemandu yang berada di atas jalan raya dari ibu kota menuju salah satu daerah di Kelantan sehingga 20 jam!
Terdahulu sambutan Aidilfitri diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam tadi.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu 22 April 2023," katanya.
Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa itu disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio tempatan.
Must-Watch Video