,
Laman Utama

“Kelas Kau Jah Demand Daging Sotong, Mi Segera Ikut Brand - Viral Minta Bantuan Selera Have-Have!

Hanafis Haris
05/07/2021
14:11 MYT

Diberi betis mahukan peha! Itu situasi terjadi terhadap seorang pengusaha cafe berhubung pemberian bantuan bank makanan yang diusahakan.

Menerusi paparan tangkap layar yang tular, penerima sumbangan itu meminta pengusaha tersebut beberapa barangan yang disifatkan agak berlebihan.

Antaranya termasuklah beras 10 kilogram (kg), daging tiga kg, udang dan sotong satu kg, telur saiz AA dua papan dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, individu tersebut turut menyatakan jenama mi segera yang tidak dimakannya.

“Kes malam tadi ringkas sahaja jawapan ambo (saya). Tunggu dia balas 24 jam belum balas lagi.

“Maaf. ambo cuba bersopan. Tapi ambo pun ada rasa penat. Minggu lepas sudah hantar ayam, barang basah sikit,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Jelasnya, dia turut meletakkan harga keseluruhan barangan tersebut mencecah RM450 dan sehingga kini tiada jawapan daripada individu berkenaan.

Perkongsian pengusaha tersebut sehingga kini telah dikongsi lebih 3,000 kali dan menerima pelbagai respon orang ramai.

Kebanyakan mereka kecewa kerana ada yang sanggup mengambil kesempatan menerusi pemberian bank makanan.

“Siap ada jenama spesifik tu tak tahan, kelas kau Jah oi”

“Daging, sotong siap mi jenama itu ini. Maaflah ini bukan susah namanya.

“Aku pun lama tak makan sotong sebab mahal. Orang dah bagi ambil je jangan demand sangat,” tulis beberapa netizen.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
BorakSeeni