Skip to main content

Hiburan

Suami Buat Kejutan Hadiahkan Jam Cartier Buat Atikah Suhaime, Netizen Sebak Tengok - “Awak Isteri Yang Terbaik…”

Suami Buat Kejutan Hadiahkan Jam Cartier Buat Atikah Suhaime, Netizen Sebak Tengok - “Awak Isteri Yang Terbaik…”

Sekilas

  • Datin Atikah Suhaime menerima kejutan hadiah jam tangan mewah Cartier daripada suaminya, Datuk Lokman Teh, ketika mereka sedang menikmati hidangan bersama.
  • Lokman berulang kali meyakinkan Atikah bahawa dia layak menerima hadiah tersebut walaupun bukan hari istimewa seperti hari lahir atau ulang tahun perkahwinan.
  • Video tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang tersentuh dengan layanan dan kasih sayang Lokman terhadap isterinya.
Advertisement

Sepotong video memaparkan pelakon Datin Atikah Suhaime menerima kejutan hadiah jam tangan mewah Cartier daripada suaminya, Datuk Lokman Teh mencuri perhatian ramai. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Atikah kelihatan terkejut apabila suaminya meletakkan kotak hadiah di hadapannya ketika mereka sedang menikmati hidangan.

 

 Namun, bukan sekadar pemberian mewah menjadi perhatian, sebaliknya cara Lokman berulang kali meyakinkan isterinya bahawa dia layak menerima hadiah tersebut menyentuh hati ramai.

“Tak melampau. Mana ada melampau untuk isteri saya.

“Awak isteri yang terbaik. Suka tak? Cuba pakai,” katanya sebelum membantu Atikah menyarungkan jam berkenaan.

Dalam video sama, Atikah mengakui tidak menyangka menerima hadiah istimewa kerana hari tersebut bukan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan mereka.

“Saya terkejut, kenapa awak sangat baik? Saya maksudkan, ini bukan hari lahir saya, bukan hari ulang tahun kita,” ujarnya.

Lokman menjelaskan dia pada awalnya berhasrat membelikan kereta, namun memilih jam tangan kerana isterinya belum mempunyai lesen memandu.

Atikah pula mengakui tidak pernah terfikir memiliki jam berjenama kerana lebih mengutamakan pembelian praktikal seperti emas.

“Tapi saya tak pernah fikir saya akan pakai jam berjenama. Pertama kali saya dapat rasa benda berjenama di tangan saya.

“Ini sangat mahal. Terima kasih, terima kasih. Saya tak sangka,” luahnya.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen mengakui tersentuh melihat layanan Lokman yang membuatkan isterinya berasa disayangi dan dihargai.

“Saya suka bagaimana dia terus mengulangi, ‘Awak layak menerimanya’.

“Dah tengok semalam, tengok lagi pagi ini. Sebak, gembira dan bahagia untuk mereka,” komen beberapa netizen.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

Vans Mens Zahba Vans Family Shoes

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement