,
Laman Utama

#Keliwon: Meremang Bulu Roma! Siti Nordiana Pernah Terima Kacip Pinang Berkarat Balut Kain Kuning...

Izwan Isa
10/09/2021
15:08 MYT

Sudah sinonim dalam kalangan masyarakat, hadiah selalu dianggap sebagai satu pemberian bagi memperingati atau menghargai seseorang. Baik untuk hari jadi mahupun sebarang perayaan istimewa, kita sering memberikan hadiah buat insan yang kita anggap istimewa.

Justeru, tidak hairanlah jika golongan artis juga kerap menerima hadiah daripada peminat sebagai tanda sokongan. Namun, hadiah yang sering dipandang cantik dan comel oleh kebanyakan orang barangkali membawa pengertian berbeza kepada penyanyi Siti Nordiana, 37.
Hal ini kerana, pelantun lagu Angara itu mengakui kerap menerima hadiah-hadiah yang agak meragukan daripada peminat. Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, dia pernah menerima sebuah kacip lama yang telah berkarat, dan dibalut dengan kain kuning.
“Sepanjang bergelar penyanyi, saya banyak menerima hadiah yang pelik-pelik daripada… mungkin bukan peminat kot? Pernah suatu ketika, sekitar tiga tahun lalu, saya mengadakan persembahan di sebuah negeri.
“Sebaik selesai persembahan, saya menerima hadiah berupa kacip sirih lama yang telah berkarat dan dibalut kain kuning. Terkejut saya ketika itu.Jujurnya, naik bulu roma saya bercerita kembali pengalaman ini,” ujar Nana dalam nada serius kepada Gempak.
Begitupun, Nana berkata, bukan dia yang membuka hadiah tersebut dan melahirkan rasa bersyukur kerana tiada sebarang kejadian seram yang menyusul selepas hadiah berkenaan dibuka.
“Memang sebarang hadiah akan dibuka oleh pengurus atau pembantu peribadi. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku selepas itu,” ujar Nana.
Namun, ada satu lagi insiden yang masih segar dalam ingatan Nana apabila ada peminat yang memberinya sekeping surat dengan tulisan Siam.
“Surat itu diberikan kepada pemandu saya. Apabila dia buka, terpampang tulisan Siam pada kertas berkenaan. Seminggu juga pemandu saya itu demam,” kongsi Nana.
Tambah Nana, dia turut mengalami kejadian seram yang tidak keterlaluan seperti rasa tidak sedap hati dan juga perasan akan kelibat yang tidak dikenali.
“Saya kerap masuk kawasan pedalaman untuk mengadakan persembahan. Jadi, sudah agak terbiasa nampak kelibat dan lintasan. Tapi, minta dijauhkan terlihat jelmaan yang menakutkan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nana berkata, dia sering mengamalkan bacaan surah Al-Mathurat Sughra seperti yang disarankan oleh ustaz.
“Jika ada kerunsingan, saya akan bertanya dengan ustaz. Jadi, dia cadangkan supaya saya amalkan surah Al-Mathurat Sughra setiap kali selepas solat Subuh dan Asar.
“Insya-Allah, surah itu dapat mendinding kita daripada hal-hal yang kita tidak ingini,” tutup Nana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dipuji Miliki Suara Unik & Klasik, Tapi Ada Juga Netizen Kritik Persembahan Aisyah Aziz – “Nampak Struggle…”

gempak
15/11/2024
14:50 MYT
Kemunculan penyanyi Aisyah Aziz di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 39 (SFMM39) malam tadi mencuri perhatian ramai.
Hiburan

Tengah Sarat Mengandung Pun 'Power', Netizen Puji Nyanyian Nabila Razali - “Ni Lagi Better Daripada...”

gempak
15/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi Nabila Razali sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39, malam tadi.
Hiburan

Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”

gempak
15/11/2024
02:26 MYT
Penyanyi Hafiz Suip memaklumkan dia kini lebih selesa menetap di kampung halamannya iaitu Kuching, Sarawak bagi menjaga ibunya.
Hiburan

Faizal Tahir Teruja, Diundang Sebagai Artis Jemputan Konsert Siti Nurhaliza & Judika - "Ini Penghormatan Besar"

gempak
14/11/2024
21:00 MYT
Penyanyi dan penulis lagu tersohor, Faizal Tahir, akan menjadi artis jemputan bagi konsert yang dinantikan ramai, The Journey of Sound, yang menampilkan ikon muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan penyanyi ternama Indonesia, Judika.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Unitar