Laman Utama

#Keliwon: 'Panas' & Hampir Bercerai, Ustaz: "Dinding Rumah Awak Sudah Disapu Darah Haid"

gempak
Maliah Surip
25/03/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
#Keliwon: 'Panas' & Hampir Bercerai, Ustaz: "Dinding Rumah Awak Sudah Disapu Darah Haid"
Sebagai manusia biasa, saya percaya pada semua kejadian yang berlaku di atas muka bumi.
Sama ada nampak secara nyata atau tidak, seperti alam ghaib macam dunia bunian, jin atau mistik seperti santau dek kerana iri hati pun saya percaya.
Dulu dulu saya hanya baca dalam majalah mistik seperti Variasari, Siri Bercakap Dengan Jin atau Mastika. Jadi oleh kerana tak pernah nampak makhluk halus atau hantu, saya bedal berimaginasi sendiri mengikut ilustrasi yang dilakar dalam majalah.
Kalau polong, kepala saja, kalau hantu raya, tu hah macam Hantu Kak Limah versi pengarah tersohor Mamat Khalid, kalau toyol, kecil warna hijau atau hantu secara rambang berwajah menakutkan.
Jadi saya percaya ilustrasi dan imaginasi sendiri macam mana rupa paras hantu.
Apabila sudah berkahwin, saya dan suami membeli sebuah kediaman unit apartmen di ibu kota. Rumah dibeli atas orang (kiranya rumah second hand) daripada pasangan yang sangat baik.
Namun sebelum saya membeli rumah tersebut, pemilik menyewakan kediamannya yang sewaktu pertama kali melihat keadaannya, macam tak percaya ada orang boleh duduk di dalam rumah ini. Rosak teruk dan huru hara.
Selepas kami berpindah, ada banyak kejadian pelik berlaku di rumah. Hampir setiap malam selepas pukul 12 malam kami akan dengar orang tingkat atas alih perabot dan jatuhkan duit syiling. Kejadian berlarutan sampai kami punya anak dua!
Tapi sebab dia tak menganggu dan menjelma, kami okay.
Cuma di awal tahun perkahwinan, hubungan saya dan suami sangat tegang dan 'panas'. Hari hari bergaduh atau tak nak tengok muka antara satu sama lain. Sehingga tahap kami tidur di bilik berasingan untuk beberapa bulan. Tanpa sebab.
Suami tidak akan masuk ke bilik kelamin kami dan mood kami akan berubah sebaik kedua dua melangkah ke dalam rumah. Kalau keluar rumah, molek macam belangkas, orang tengok pun cemburu betapa bahagianya kami.
Mula mula saya rasa ia hanya perasaan dan dipengaruhi oleh faktor pekerjaan atau pengetahuan dalam hidup berumah tangga.
Tapi apabila berlarutan lebih setahun dan selepas melahirkan anak pertama sampai terfikir untuk bercerai, kami sepakat melakukan inisiatif. Panggil ustaz datang rumah untuk membantu kalau ada masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh pakar atau doktor misalnya.
Saya masih ingat. Sebaik ustaz melangkah masuk ke kediaman kami, dia terkejut dan terus beristighfar.
"Dinding rumah awak sudah disapu darah haid, sangat kotor", katanya.
Pendedahan ustaz membuat kami sangat terkejut sebab tak pernah nampak kesan darah dan siapa pula yang datang rumah lepas tu sapu darah haid mereka di rumah kami? Untuk apa?
Menurut ustaz tersebut, dinding rumah kami dipenuhi darah haid yang tidak boleh dilihat dengan kasar mata. Jadi kerana itu kami suami isteri atau sesiapa yang tinggal di dalam rumah ini tidak akan tenteram kerana ia sangat kotor. Iyalah darah haid, mananya tak kotor.
Apa tujuan si pelaku berbuat demikian, tidak pula dijelaskan. Ustaz hanya cakap apa yang penting adalah proses pemulihan dan kediaman ini bersih selain hubungan kami pulih.
Kemudian dengan kepakarannya, ustaz tersebut membersihkan rumah kami dan dengan izin Allah semua perasaan panas, baran, bengang dan benci antara satu sama lain di antara saya dan suami sewaktu di dalam rumah sebelum ini pelan pelan pudar.
Kami juga melakukan sekali lagi 'samak rumah' dan sentiasa berhati hati dalam mengundang tetamu ke rumah. Alhamdulillah sehingga kini tiada lagi gangguan aneh, tetapi pada tahun lalu, tiba tiba terjadi satu kejadian misteri di rumah kami lagi.
Misteri apa? Tunggu...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024