Laman Utama

Keluar ‘Dating’ Dengan Gadis Bawah Umur, Alvin Chong Jawab Dalam Sidang Media!

gempak
Fiza Kamarudin
29/09/2020
04:30 MYT
Sponsor Banner
Keluar ‘Dating’ Dengan Gadis Bawah Umur, Alvin Chong Jawab Dalam Sidang Media!
Baru-baru ini nama Alvin Chong menjadi sebutan sehingga ‘trending’ di laman sosial gara-gara videonya bersama seorang gadis bawah umur tular.
Warganet mendakwa, Alvin kini sedang menjalin hubungan cinta dengan gadis yang dikenali sebagai Athalia Deena Buswani.
Dipercayai, Athalia adalah anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.
Menerusi ruangan komen rata-rata warganet tidak bersetuju sekiranya Alvin dan Athalia mempunyai hubungan cinta kerana gadis tersebut baru berusia 17 tahun.
Penyanyi Sayang Salmah itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang reaksi mengenai isu yang tular tersebut.
Sebaliknya hanya akan menjawab segala persoalan mengenai isu berkenaan pada majls sidang yang akan diadakan pada Jumaat ini.
Terdahulu Athalia memuatnaik videonya bersama Alvin di aplikasi TikTok bersama reaksi daripada ibunya.
Menerusi video tersebut, Sharifah Zarina memberi reaksi positif kepada anaknya dan Alvin yang ketika itu sedang duduk di sebuah restoran.
“Oh anak aku tu bukan main…kata keluar nak belajar. Nasib baik kau keluar dengan artis handsome ya! Comel orangnya…,” kata penyanyi Langit Ketujuh itu.
Dalam pada itu, Athalia juga sudah memberi kenyataan tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Alvin sebaliknya keluar bersama untuk meluangkan masa sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024