Laman Utama

“Keluar Semua Darah Beku” - Fairuz Selamat Cucuk Ketumbit Pakai Jarum, Mata Berdarah Bukan Efek Make Up

gempak
Mya Amri
06/06/2022
09:40 MYT
Sponsor Banner
“Keluar Semua Darah Beku” - Fairuz Selamat Cucuk Ketumbit Pakai Jarum, Mata Berdarah Bukan Efek Make Up
Penyanyi Fairuz Selamat mengejutkan pengikut Instagramnya apabila berkongsi video 'boomerang'yang merakamkan bahagian kelopak matanya berlumuran darah.
Bagaimanapun menerusi ruangan kapsyen, Fairuz berharap agar perkongsiannya ini tidak mendapat kecaman netizen.
Menurut Fairuz, bahagian matanya yang berlumuran darah itu disebabkan oleh ketumbit dan dicucuk jarum.
“Saya jelaskan di sini ya. Jangan kecam saya, saya hanya manusia yang alpa.
“Cerita dia mata saya macam ada bintat/ketumbit/bonjolan kecil yang dah lama betul. Dekat kelopak mata atas. Area bulu mata tu. Haritu pergi klinik dia bagi ubat satu.
“Pakai punya pakai tak ada kesan langsung. Saya biarkan dek kerana sibuk dengan hal duniawi. Siang tadi dia macam besar naw," kongsinya.
Tambah Fairuz lagi, dia mengetahui tindakannya itu merupakan sesuatu yang sangat berisiko untuk dilakukan.
“Saya sebagai manusia yang alpa rasa geram dan terancam. Saya ambil jarum saya cucuk. Ya saya tahu bahaya dan kebersihan jarum itu sendiri meragukan.
“Lepas saya cucuk itu keluar semua darah beku dia. Menderu-deru dia mengalir. Saya tak tahu apa benda.
“Nak kata ketumbit dah sapu ubat klinik hari itu. Nak kata sengatan serangga mungkin. Ntah. Tapi saya harap bukan yang serius lah.
“Terima kasih yang DM dan mendoakan. Ada yang ingat ni make up effect tau,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga berkongsi pengalaman yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live