Skip to main content

Rancangan TV

Keluarga Yang Lebih Besar Akan Ditampilkan Dalam The House Musim Keenam Tidak Lama Lagi!

untitled-design-(17).png
Seperti diketahui ramai, program realiti The House akan kembali dengan musim keenam tidak lama lagi.

Sebelum ini, kisah adik beradik Maembong, Rozita Che Wan dan keluarga, Datuk Seri Vida, Fattah Amin dan Alvin Chong serta tiga sekawan, Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie telah ditampilkan dalam lima musim berlainan.

Kali ini, The House musim terbaru akan menampilkan keluarga yang lebih besar, meriah dan penuh dengan kisah menarik mengenai mereka.

Manakan tidak, anak-anak kepada 'bintang' The House musim keenam ini mempunyai personaliti tersendiri yang menambah rencah kepada program ini.

Mereka juga semakin dikenali di media sosial sejak meningkat remaja.

Mungkin anda sudah tahu, atau mungkin juga masih samar-samar mengenai individu yang akan ditampilkan sebagai bintang The House musim keenam ini.

Stay tune! Pendedahan akan dibuat tidak lama sahaja lagi.

Advertisement

Must-Watch Video