Laman Utama
Keluarkan Kitab Suci Edisi Khas, Neelofa Lancar Program Wakaf Al-quran Untuk Mereka Yang Memerlukan
Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN), Noor Neelofa melancarkan Al-quran edisi khas Mushaf Mufiq dan Mushaf Musolla sebagai satu inisiatif untuk menyemarakkan budaya membaca kitab suci itu.
Menurut Neelofa, projek yang baru bermula ini harap dapat berpanjangan dan menyasarkan dalam 30,000 naskhah Al-quran untuk diwakafkan.
“Pelan untuk mengeluarkan Al-quran di bawah PKN ni sebenarnya dah lama cuma kami mencari pencetak yang memenuhi semua kriteria dan alhamdulillah kami dapat bekerjasama dengan Yayasan Restu bagi mengeluarkan Al-quran ini.
“Bukan senang nak cetak Al-quran sebab ada banyak limitasi yang perku diikut antaranya pada bahagian muka depan, rekaan logo dan sebagainya jadi itu agak menakan masa untuk mencari mereka yang boleh melakukannya dengan betul,” ujar Neelofa ketika ditembual.
Neelofa ditemui pada majlis Mushaf Musolla dan Mushaf Mufiq edisi khas pertubuhan Kasih Neelofa yang diadakan di Kompleks Kesenian Islamik Antarabangsa Selangor, Shah Alam, pada Isnin.
Dengan rekaan ‘kiswah’ yang dipilih sendiri oleh Neelofa dan pasukan PKN, Al-quran ini dicipta khas untuk PKN dan ia tidak dijual dimana-mana pusat pembelian.
“Antara sebab Kiswah ini dipilih untuk diterapkan dalam Al-quran edisi khas PKN adalah kerana ia termasuk dalam empat perkara yang apabila dipandang sahaja akan mendapat pahala selain daripada memandang wajah ibu bapa, Al-quran dan lautan.
“Sesiapa yang nak mewakafkan Al-quran ini, kami akan edarkan pada mereka yang memerlukan seperti pusat-pusat tahfiz, madrasah, masjid dan sesiapa yang memerlukan,” jelasnya lagi.
Must-Watch Video