Laman Utama

Kemalangan LRT: Polis Sahkan Tren Bertembung, 47 Cedera Parah & 116 Cedera Ringan

gempak
Fiza Kamarudin
24/05/2021
15:31 MYT
Sponsor Banner
Kemalangan LRT: Polis Sahkan Tren Bertembung, 47 Cedera Parah & 116 Cedera Ringan
Polis mengesahkan insiden melibatkan dua buah LRT malam tadi bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC-KPD Dang Wangi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata sebuah tren yang sedang dipandu uji dengan 20km/jam telah melanggar tren yang membawa 213 penumpang berkelajuan 40km/jam.
Akibat pelanggaran tersebut, seramai 47 penumpang mengalami cedera parah manakala 116 orang lagi cedera ringan.
Penumpang yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain.
Sementara itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku di dalam terowong pada jam 8.45 malam. Ka Siong berkata, kejadian tren bertembung ini adalah yang pertama kali dalam sejarah 23 tahun operasi.
Siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 201, Akta Pengangkutan Darat 2010.
“Task force ditubuhkan untuk menyiasat insiden ini untuk membuat perincian siasatan untuk mengenal pasti punca kemalangan, samada ia berpunca daripada kesilapan sistem dari pusat kawalan atau sebaliknya.
“Kementerian memerlukan masa dua minggu untuk siasatan secara terperinci dilakukan. Kita akan pastikan kita siasat apa punca kemalangan ini,” katanya.
Selain itu Ka Siong turut menzahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan akan melakukan perbincangan dengan pihak Prasarana Malaysia Berhad untuk tindakan selanjutnya termasuk pembayaran insurans kepada penumpang.
“Kami memandang serius perkara ini kerana keselamatan penumpang adalah yang menjadi keutamaan ketika ini,” katanya.
Dalam pada itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi ciapannya di laman sosial Twitter berkata, beliau memandang serius kemalangan ini dan telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasaran Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh dan mengenal pasti punca kemalangan.
Tambah beliau lagi tindakan tegas harus diambil dengan segera.
[[BACA: Tren Brek Mengejut, Penumpang Cedera]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024