Skip to main content

Viral

Kembali Dalam Polis Evo 3, Nora Danish: “Anis Ada Selagi Tidak Mati”

sekadar-gambar-hiasan-2023-05-25t144528-813.png

Filem Polis Evo 3 mula ditayangkan secara serentak di pawagam seluruh negara bermula hari ini.

Selain peminat kembali menyaksikan aksi duo Shaheizy Sam dan Zizan Razak, filem yang menerima sentuhan pertama kali daripada sutradara Syafiq Yusof ini turut dibintangi oleh salah seorang pelakon wanita yang pernah bersama keluarga Polis Evo pertama.



Aktres tersebut tak lain tak bukan adalah Nora Danish. Nora yang diberi kepercayaan membawa watak Anis terbabit dengan Polis Evo namun ‘berehat’ dalam Polis Evo 2.

Kini selepas lapan tahun, Nora kembali menghidupkan watak Anis.

“Anis ada selagi tidak mati,” kata Nora berseloroh saat sidang media Polis Evo 3 yang berlangsung baru-baru ini.

Must-Watch Video

Advertisement