Laman Utama

Kembali Jalin Nostalgia Dengan Konsert Slam Nur Kasih

gempak
Maliah Surip
12/08/2023
12:00 MYT
Sponsor Banner
Kembali Jalin Nostalgia Dengan Konsert Slam Nur Kasih
Tiga dekad atau 30 tahun bukan satu usia yang pendek. Tiga dekad atau 30 tahun juga bukan sekejap.
Bagi kugiran seperti Slam yang selama 30 tahun telah dipuja lewat karya-karya yang dihasilkan, berulang kali menyanyi atau membuat persembahan di khalayak ramai sudah menjadi seperti satu rutin.
Namun rutin yang dijalani oleh Slam nampak sangat menyeronokkan dan paling penting sentiasa berada dalam momentum yang terbaik. Seperti para pahlawan yang sangat bersedia perang, Slam memberikan sebuah persembahan bertenaga dan ‘berwarna’ menerusi beberapa lagu yang diberi improvisasi.
Itulah yang dapat disaksikan menerusi Konsert Slam NurKasih yang berlangsung di Zepp KL pada 6 Ogos lalu. Konsert julang kali ini dibawakan oleh dibawakan oleh AV Group & WMD Event.
Memang bukan persembahan yang pertama tetapi keterujaan pada lebih 2,000 penonton tidak pernah surut.
Sebaik semua anggota Slam dari Lili, Shah, Eddie, Man dan tentulah Zamani muncul di atas pentas, suara sorak dan keghairahan mula meresap.
Dan tembang demi tembang yang sarat nostalgia dialunkan dengan indah gemersik vokal Zamani membuat pengunjung terlupa sudah hampir semua ‘peluru romansa’ Slam sudah dimuntahkan.
Dari Rindiani, Kembali Merindu, Buat Seorang Kekasih, Suratan, Kurnia, Maria Mariana, Jika Kau Rasa Getarnya kepada Tak Mungkin Berpaling sehingga Gerimis Mengundang, semua dipersembahkan dengan baik oleh Slam.
Persembahan kemudian ditutup dengan dua lagu wajib yang jika tidak dipersembahkan mungkin akan membuat Slam ‘berdosa besar’ kepada peminatnya iaitu Mentari Muncul Lagi dan Kembali Terjalin.
Konsert Slam NurKasih usia dengan berjaya menggamit nostalgia yang ada dalam setiap lagu mereka lalu menjadi pujaan semua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live