Berita

“Kembali Ke Hari Di Mana Saya Jumpa Blind Date Dan…”- Sissy Iman

gempak
Syafiqah Jalal
16/04/2020
08:47 MYT
Sponsor Banner
“Kembali Ke Hari Di Mana Saya Jumpa Blind Date Dan…”- Sissy Iman
Penyanyi Sissy Iman mengimbau kembali kenangannya pertama kali berjumpa dengan teman ‘blind date’.
Menurut Sissy tak sangka perjumpaan pertamanya dengan jejaka yang tidak dikenali itu telah disiarkan di televisyen (TV).
“Kembai ke hari di mana buat pertama kalinya saya ada ‘blind date’ dan ia telah ditayangkan di TV! Haha.
“Korang rindu The House tak? Nak tak @astrogempak ulang lagi on TV? Hehe tapi masa ni @wanikayrie & @sarahsuhairi kejam!” tulisnya.
Sissy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik sedutan dari salah satu episod dalam drama reality, The House musim kelima (The House 5).
Dalam The House yang pernah disiarkan pada tahun lalu di saluran Astria Ria dan portal Astro Gempak itu turut menampilkan Sarah Suhairi dan Wani Kayrie.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini Astro Gempak akan menayangkan kembali drama siri realiti The House dari semua musim untuk mengisi masa lapang anda di rumah.
Tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live