gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Selongkar Sampah Lebih Sejam, Cari Penahan Gigi RM650 - "Pada Awal Saya Menangis Sebab..."
HIBURAN
Lucidrari Tidak Anggap Diri Sebagai Artis Mainstream - “Lirik Saya Bukan Untuk…”
HIBURAN
ALPHA Kongsi Cabaran Hasilkan Lagu ‘Inilah Kita’ - “Kami Siapkan Dalam Masa…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Kembali Ke Sekolah, Doakan Saya!" Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA Pada Usia 64 Tahun

Ernalisa
Ernalisa
19/11/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
"Kembali Ke Sekolah, Doakan Saya!" Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA Pada Usia 64 Tahun
Usia bukan halangan, apabila Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

BERITA BERKAITAN:Sultan Pahang Sebak Puterinya Bakal Melangsungkan Perkahwinan

BERITA BERKAITAN:Istiadat Perkahwinan Diraja Tengku Muhammad Iskandar Dan Tengku Natasya Bermula 22 Oktober Ini

BERITA BERKAITAN:“Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

Perkongsian tersebut dibuat menerusi akaun rasmi TikTok baginda @cmspahang pada Ahad.
Menerusi hantaran itu, baginda memuat naik gambar memegang kad pelajar yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization.

"Kembali ke sekolah, doakan saya” titah baginda di ruangan kapsyen.

Pengumuman berkenaan turut mendapat perhatian daripada warga maya di Tik Tok dan mengharapkan dapat berjumpa dengan baginda.
"Tuanku, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga kita dapat bersua muka di mana-mana kuliyah nanti, amin,' kata Dilla J.

"Jangan lewat buat tugasan Tuanku," seloroh famin.

Dalam pada itu, UIAM turut berkongsi hantaran Tunku Azizah mengenai berita tersebut di laman Facebook mereka.
Baginda sebelum ini dilapor dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan UIAM bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.
Pelantikan semula Tunku Azizah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (pada ketika itu).
Ia merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019. Baru-baru ini juga Tunku Azizah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Seni Kreatif dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas sumbangan dalam memperkasa serta memartabatkan seni warisan budaya pada peringkat antarabangsa.
Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, kampus induk UiTM, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
SUMBER:Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tunku
#Azizah
#bergelar
#mahasiswi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement