Penyanyi Billy yang sebelum ini merupakan anggota kumpulan Phyne Ballerz kini tampil solo dengan lagu pertama berjudul Cinta.

Menariknya Cinta merupakan hasil karya Billy sendiri.

Menurut Billy, idea untuk menghasilkan lagu itu tercetus sewaktu negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Idea lagu ini bermula Mac lalu, ilham tersebut tiba-tiba sahaja datang apabila bekerja dari rumah. Dengan adanya sedikit pengalaman dan keberanian maka terhasillah Cinta.

“Bila ada kehendak ditambah dengan pengalaman lebih dua dekad bergelar penyanyi ini merupakan satu kejayaan untuk saya,” katanya

Billy ditemui pada sidang media pelancaran single Cinta bertempat di ATSKY, Petaling Jaya hari ini.

Cinta sudah pun dilancarkan secara rasmi melalui semua platform digital mulai 28 Ogos lalu manakala muzik video pula menerusi saluran YouTube Indigital Muzik.



Terdahulu Billy juga merupakan duo berkumpulan BillyZulkarnain yang ditubuhkan pada 2005.