Laman Utama

Kemelut Rumah Tangga, Penceraian Punca Daus Eli (AF8) Depresi

gempak
Fiza Kamarudin
07/09/2020
10:28 MYT
Sponsor Banner
Kemelut Rumah Tangga, Penceraian Punca Daus Eli (AF8) Depresi
Bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus, mengakui mengalami depresi selepas bercerai dengan isterinya pada Februari tahun lalu.
Daus atau mahu dikenali sebagai Daus Eli berkata, tekanan terhadap kemelut dalam rumah tangga ditambah pula dengan kata-kata nista netizen memberi tamparan hebat kepada kehidpannya.
“Saya pernah rasa macam tak mahu hidup lagi ketika itu sebab tak mampu nak berdepan dengan persepsi negatif orang sekeliling.
“Perkahwinan kami bertahan hanya selama enam tahun dan saya tak minta pun semua ini terjadi pada diri saya. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. “Ketika saya melalui dugaan hebat dalam hidup, saya bersyukur ada ibu bapa, adik beradik dan keluarga yang memberi sokongan.
“Malah, disebabkan semangat yang diberikan mereka membuatkan saya bangkit semula untuk meneruskan kerjaya dalam bidang muzik.
“Apatah lagi minat dalam muzik tak pernah lupus. Alhamdulillah, sekarang saya sudah 10 tahun dalam industri,” katanya.
Enggan lagi menoleh ke belakang, Daus Eli atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli muncul dengan single Takdir Kita.
Single terbitan syarikat rakaman Nova Music yang dilancarkan pada 28 Ogos lalu merupakan ciptaan sepenuhnya Daus.
Menurut Daus, lagu itu adalah luahan isi hatinya mengenai apa yang dilalui sepanjang hampir dua tahun bergelut dalam masalah rumah tangga bersama bekas isteri, Syaza Shamimi Jalaludin Khan. “Lagu ini mengenai lelaki yang mengharapkan sesuatu daripada wanita yang pernah dicintai suatu ketika dahulu. Sebenarnya, lagu ini berkaitan dengan bekas isteri saya. Ia dibuat dua tahun lepas sebelum saya bercerai.
“Ketika itu saya sudah depresi, tak ada semangat dan kecewa. Jadi, saya buat lagu ini mengikut ‘mood’ ketika itu.
“Sewaktu melancarkan single ketiga, kami masih lagi bahagia. Cuma dalam tempoh dua tahun itu sudah ada masalah sikit. Isu cerai tak habis lagi, netizen pula hentam kononnya saya ceraikan isteri semasa dalam pantang. Jadi berlakulah konflik.
“Lagu ini memang dibuat untuk dia. Tapi jodoh kami tak lama. Bagi saya, sekarang ini reda saja atas ketentuan Allah. Apa saja berlaku, janji saya tak lupa anak-anak. Pendek kata lagu ini, luahan hati saya,” katanya.
Lirik video “Takdir Kita” sudah boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos dan lagu ini juga boleh distrim di semua platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KK Box dan iTunes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live