Laman Utama

Kementerian Alam Sekitar & Air Pelawa Pelajar Buang Buku Dalam Sungai Jadi ‘Sahabat Sungai Malaysia’

gempak
Fiza Kamarudin
08/03/2021
12:15 MYT
Sponsor Banner
Kementerian Alam Sekitar & Air Pelawa Pelajar Buang Buku Dalam Sungai Jadi ‘Sahabat Sungai Malaysia’
Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) mempelawa seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi Sahabat Sungai Malaysia (Friens of River Malaysia).
Ia susulan video pelajar tersebut yang tular di laman sosial baru-baru ini selepas tamat menduduki SPM.
Menerusi video tersebut, pelajar lelaki lengkap berpakaian seragam sekolah berdiri di atas jambatan sebelum bertindak mencampakkan buku-bukunya ke dalam sungai.
KASA menerusi hantaran di laman sosial Facebook (FB) menggesa orang ramai yang mengenali pelajar tersebut untuk menghubungi mereka.
“Baru-baru ini tular video mengenai seorang pelajar yang membuang buku ke dalam sungai setelah habis peperiksaan SPM.
“Sekiranya ada pihak yang mengenali adik ini, pihak KASA ingin menjemput adik ini untuk menjadi ahli Sahabat Sungai Malaysia (Friends of River Malaysia) bagi bersama-sama kita gerakkan program membersihkan sungai di seluruh negara bersempena Hari Air Sedunia pada 22 Mac 2021 nanti.
“Insyaallah, melalui didikan dan sokongan masyarakat, bukan sahaja adik ini, malah ramai lagi pihak akan lebih peka tentang kebersihan sungai,” tulis pengendali akaun laman sosial terbabit.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan KASA dan berharap ia menjadi pengajaran untuk orang lain juga.
Baru-baru ini tular video mengenai seorang pelajar yang membuang buku ke dalam sungai setelah habis peperiksaan...
Posted by Kementerian Alam Sekitar Dan Air on Sunday, 7 March 2021
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live