Di saat pandemik COVID 19 masih melanda dunia, dengan proses vaksinasi yang masih berterusan berjalan di Malaysia, Astro tidak mahu ketinggalan memberi sokongan.

Sokongan yang diberikan adalah dengan penyertaan sukarelawan yang terdari dalam kalangan staf Astro dan bergabung dengan barisan selebriti dalam membantu melancarkan proses penerimaan vaksin di PPV Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mengangkat tema #KitaTeguhBersama, kerja sukarelawan sudah dimulai sejak 19 Julai lalu yang juga bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tema #KitaTeguhBersama menjadi simbolik kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan akan berkerjasama dan saling menjaga. Malah dengan kebersamaan, sesuatu boleh menjadi lebih baik kerana kerjasama.

Sementara itu penerima vaksin menerima bantuan dan panduan daripada barisan sukarelawan yang melancarkan termasuk proses pendaftaran sehingga menunggu di ruangan yang disediakan.

Salah seorang selebriti yang ikut menjadi sukarelawan dalam kempen ini, Amira Othman melahirkan rasa keterujaannya kerana diberi kesempatan merasai peluang membantu rakyat Malaysia.

"Saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk membantu kelancaran proses di pusat vaksin. Biarpun bantuan ini mungkin tidak besar, tetapi saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah yang telah sama berusaha memerangi COVID 19.

"Saya juga menyeru agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin, segera melakukannya supaya kita boleh membentuk herd immunity dan dilindungi," katanya.

Astro yang menyambut ulang tahun ke 25 mengangkat kisah komuniti atau masyarakat yang bersatu padu dengan menggunakan frasa KITA yang membawa maksud us dalam bahasa Inggeris.

#KitaTeguhBersama sendiri memberi inspirasi dan memberi kekuatan di antara kita sepanjang melalui fasa yang sukar sepanjang pandemik COVID 19.

Terdahulu Astro telah melancarkan lagu tema yang cukup catchy sebagai kempen menyokong vaksinasi iaitu Get Your Shot Now.

Untuk Astro Kasih pula, organisasi ini terus memberi sokongan kepada komuniti melalui sumbangan barang keperluan termasuk makanan kepada yang memerlukan. Ini termasuklah bantuan kepada Rumah Kanak-Kanak Bondulu di Tambunan, Sabah, penduduk kampung serta tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Magandai (Kota Marudu), Sekolah Kebangsaan Malinsau (Ranau) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Paku (Kapit), di Sabah dan Sarawak.

Di bawah payung kempen #KitaTeguhBersama juga, organisasi ini akan mencari dana untuk Lung Foundation of Malaysia dan Projek #BangsaMalaysia dalam pembelian keperluan perubatan yang diperlukan termasuk tangki oksigen buat pesakit COVID 19.