Siri original Gempak terbaharu berjudul The Maid yang dinanti-nantikan akhirnya bakal ditayangkan mulai hari ini, 6 Januari 2020, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).
Karya yang mendapat sentuhan daripada pengarah filem pecah panggung ‘Bikers Kental’, iaitu Helmi Yusof dan terbitan oleh Michael Ang itu akan bersiaran selama setengah jam sebanyak 10 episod.
Jangan lepaskan peluang menonton drama Gempak Siri Original ini dan ini 5 sebab mengapa anda wajib tonton The Maid:
#1 Ramai Pelakon Hebat
Julung kalinya menampilkan ramai pelakon hebat yang membarisi watak utama dan sampingan. Norman Hakim yang membawakan watak utama sebagai Mr. Jay iaitu lelaki yang mempunyai empat orang isteri.
Menariknya ia menampilkan pelakon popular yang membawakan watak empat isteri, iaitu Sherry Alhadad, Mira Filzah, Datin Eina Azman dan Ezatty Abdullah.
Bukan sahaja menonjolkan watak isteri-isteri tetapi The Maid sudah tentu menampilkan kisah pembantu rumah kepada setiap isteri Jay. Antara pelakon pembantu rumah yang menjayakan drama siri ini adalah Eida Moin, Zarina Zainoordin, Nadya Shahera, Siti Khadijah Halim dan Isha Norsham.
#2 Norman Hakim Beristeri 4
Aktor Norman Hakim pertama kali membawakan watak suami beristeri empat. Dalam The Maid Norman yang membawa watak Mr. Jay yang kelihatan sangat tenang dan bahagia bersama isteri-isterinya di mata masyarakat.
Disebaliknya, Jay agak tegang melayan kerenah isteri-isterinya yang berperwatakan berbeza-beza. Dalam The Maid kesabaran Norman sebagai suami diuji dan secara tidak langsung ia bagai mendedahkan reality kehidupan hidup berpoligami.
#3 Kemunculan Pertama Mira Filzah Berlakon Selepas Berkahwin
The Maid merupakan drama pertama Mira Filzah selepas berumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.
Watak Mira dalam The Maid mungkin akan buat penonton meluat dengan aksi gedik dan mengada-ngadanya.
Panggilan manja Mira kepada Mr Jay pun berbeza dan lebih ‘gedik’. Nak tahu? Tontonlah nanti!
#4 Melatah spontan Nadiya Syaheera & Eida Moin
Dua pelakon Nadiya Syaheera dan Eida Moin terkenal dengan watak komedi dan suka melatah. Menariknya, dalam The Maid aksi spontan melatah mereka akan dipertontonkan tanpa dipotong.
Secara tidak langsung lakonan mereka di dalam The Maid nampak lebih semula jadi dan meghiburkan. Anda pasti tidak kering gusi!
#5 Komedi Thriller
Menariknya Th Maid menampilkan gabungan dua genre yang menghiburkan untuk ditonton iaitu komedi dan thriller. Disebalik aksi lucu dan komedi disulam dengan kisah misteri pembunuhan salah seorang isteri Mr Jayden.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go, On Demand dan juga www.gempak.com
Syafiqah Jalal
Wed Jan 06 2021


Rezeki Janggo, Zuzuzu & Teruna, Tarik Nafas Lega Tiada Penyingkiran
Masih ada rezeki di pentas MLS2.

Digugurkan, Na In Woo Sah Ganti Ji Soo Dalam Drama River Where The Moon Rises
Na In Woo ni yang pegang watak Byeong In dalam Mr Queen.

Kacak, Seksi & Berbakat! Sorry Oppa, Ini 5 Pelakon Drama Hong Kong Buat Awek Cair!
Fuh mesti ramai yang suka ni

Ramai Kata Bertuah ENGKU EMRAN – Semua Wanita Yang Didampingi Lawa Belaka. Lahir Bulan Terang Kot!
Gosip antara Engku Emran dan Noor Nabila ketika ini semakin bertiup kencang. Sedikit sebanyak mengingatkan netizen kepada bekas-bekas isteri beliau yang semuanya cantik A plus! Bertuah badan.

TRI.BE Kumpulan K-Pop Baru Universal Music, Padu Juga Single Pertama ‘Doom Doom Ta’ Diaorang Ni!
Boleh tahan juga lagu TRI.BE ni!

Tampil Kelainan Dengan Plot Mendebarkan, Pengarah Projek: Anchor SPM Janjikan Drama Penuh Kualiti!
Tak sabar tunggu 15 Mac ni!

Sarat Elemen Asia Tenggara Seperti Gamelan & Pencak Silat, Ini Lima Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Raya and The Last Dragon!
Menangis, wajib tonton!

Tentera Transgender Pertama Korea Selatan Ditemui Mati - "Ada Bau Busuk Dari Rumahnya..."
Tentera transgender pertama Korea Selatan, Byun Hui Soo dilaporkan meninggal dunia di rumahnya.

COVID-19: 2,154 Kes Baharu, Selangor Masih Negeri Paling Tinggi Kes Jangkitan Harian
Terus patuhi SOP!

“Pasangan Romantik, Cantiknya Tunku” - Raja Permaisuri Agong Kongsi Video Majlis Perkahwinan 35 Tahun lalu
Selamat ulang tahun perkahwinan ke-35 Tuanku.