Berita

“Kena Bernafas Ikut Mulut…”- Fakhrul UNIC Selamat Jalani Pembedahan

gempak
Syafiqah Jalal
03/12/2020
06:39 MYT
Sponsor Banner
“Kena Bernafas Ikut Mulut…”- Fakhrul UNIC Selamat Jalani Pembedahan
Ahli kumpulan UNIC, Fakhrul selamat menjalani pembedahan FESS (Functional endoscopic sinus surgery) pada bahagian hidungnya, semalam.
Menurut Fakhrul atau nama sebenarnya, Mohd. Fakhrul Radi Khamaruddin dia kini sedang dalam proses pemulihan dan hanya boleh bernafas melalui mulut.
“Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan. Terima kasih kepada doktor dan jururawat. Saya diberi bius power punya, doktor baru saja ajar mengucap dan bismilah, takdan habis ikut sedar-sedar dah siap.
“Tapi mujur tak terjaga, ngeri juga bila tengok contoh sinus surgery di YouTube.
“Sekarang tengah recover balik. Hidung berdarah, jadi doktor letak ‘packing’. Sehari la harini kena survive bernafas ikut mulut. Boleh lemas oo.
“Hopefully esok luka sembuh dan boleh remove ‘packing’ dalam hidung tu,” katanya.
Fakhrul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Fakhrul memuat naik fotonya selepas menjalani pembedahan tersebut.
Tambah Fakhrul, dia bersyukur kerana dengan apa yang berlaku dia dapat melihat dan merasai kebesaran Allah.
“Saja la nak share kepada semua (video), Maha suci Allah yang mencipta kita. Tengoklah macam mana rupa dalam hidung kita tu.
“Syukur banyak-banyak Allah bagi kita bernafas. Doakan saya ok. Siapa pernah buat ni share la tip recover cepat,” katanya lagi.
Difahamkan Fakhrul sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live