Laman Utama
Kena Kuarantin Sebab Jadi Kontak Rapat, Riena Diana Puji Pihak Produksi Tak Lepas Tangan - "Mereka Tanggung Semua & Buat Temu Janji"
Pengacara dan pelakon Riena Diana, 24, menyatakan dia kini dalam tempoh kuarantin selepas menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal akui berasa risau walaupun keputusan ujian calitan pertama (swab test) menunjukkan negatif.
"Saya kontak rapat masa mengacara di Shah Alam dan hari ini adalah hari keempat kuarantin di rumah. Duduk sorang bosan juga, semua kerja terpaksa ditunda.
"Saya dah buat swab test sebelum ini dan keputusannya negatif tapi saya risau. Saya pula tinggal sekali dengan keluarga. Jadi saya kuarantin diri untuk tempoh 14 hari ini.
"Insya-Allah semua okey sebab saya memang jaga SOP dan pakai double pelitup muka. Saya tunggu hari Khamis ini untuk sekali lagi buat swab test," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Kampung People memuji dengan tindakan produksi yang tidak lepas tangan.
Katanya, pihak tersebut menanggung segala kos serta menguruskan temu janji bagi dirinya melakukan ujian.
"Saya beruntung apabila semua produksi tanggung..alhamdulillah. Memang mereka tanggung semua dan buat temu janji.
"Saya hanya perlu datang saja, memang memudahkan saya," katanya lagi.
Must-Watch Video