Drama cinta dan konflik berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang memulakan siarannya malam tadi mendapat pujian wargamaya di laman sosial.

Drama yang diarahkan oleh Michael Ang ini dibintangi pelakon handalan seperti Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zac Zaky, Uyaina Arshad, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.



Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akibat permintaan orang tua. Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah (Uyaina Arshad) mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.

Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.

Menerusi penggunaan #PerempuanTandaDosa, ramai wargamaya yang berkongsi maklum balas mereka terhadap drama yang bersiaran selama dua jam malam tadi.



“Tak sabar nantikan episod seterusnya #perempuantanpadosa,” kata seorang wargamaya.

“Uqasha dalam cerita ni nampak natural beauty. #PerempuanTanpaDosa,” puji seorang wargamaya.

“Eh tak move on lagi lah dari drama #perempuantanpadosa untuk episod 1 dengan 2 semalam . Harini kene siap sedia kotak tisu. Confirm scene sedih mak Rizal,” tulis seorang wargamaya.

“Wehhh drama Perempuan Tanpa Dosa ni episod dua mak Rizal dah meninggal,” luah seorang wargamaya.

“Dah lama tunggu drama ni #PerempuanTanpaDosa,” ujar seorang wargamaya.

“Lily ni, kesian. Setakat nak rasa kasih sayang dia sanggup buat apa sahaja. #perempuantanpadosa,” komen seorang wargamaya lagi.

Tonton drama Perempuan Tanpa Dosa di slot MegaDrama pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di saluran Ria (124) dan Ria HD (104).